Klip video program keagamaan di kuil Batu Caves tidak benar – Polis

b8195211ed6cf2f9042a16e894ecab395fabb74bbaad0

ACP Arifai Tarawe

KUALA LUMPUR, 13 Nov — Tiada program keagamaan yang berlangsung di Kuil Batu Caves, di sini, seperti yang tular di media sosial semalam, kata Ketua Polis Daerah Gombak ACP Arifai Tarawe.

Beliau berkata tiada program diadakan pada 12 Nov seperti yang terkandung dalam klip video yang tular mengatakan satu program keagamaan diadakan di kuil tersebut yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Katanya, program yang terdapat dalam video berkenaan berlangsung pada 19 Sept lepas, ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan diadakan secara tertutup di dalam kawasan kuil.

“Ketika itu program keagamaan dibenarkan dengan mengikut SOP PKPP dan pihak kuil telah menetapkan kepada pengunjung mematuhi SOP PKPP seperti pemakaian pelitup muka, daftar nama dan penggunaan cecair pembasmi kuman,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Arifai turut mengingatkan semua ahli jawatankuasa (AJK) masjid dan surau serta rumah ibadat lain agar sentiasa mengawal pengunjung dan memantau pematuhan SOP semasa program keagamaan dijalankan.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker