161 lokasi di Jepun ‘amat panas’

161 lokasi di Jepun ‘amat panas’

161 lokasi di Jepun 'amat panas'
ORANG ramai berjalan di bawah cuaca panas di Sugamo, Tokyo. FOTO Fail Reuters.

Tokyo: Agensi cuaca Jepun pada Selasa berkata tekanan atmosfera yang tinggi menyebabkan suhu meningkat kepada lebih 35 darjah Celsius di seluruh kepulauan Jepun.

Sehingga 3 petang, 161 lokasi di seluruh negara mencatatkan suhu 35 darjah atau lebih tinggi iaitu hari yang ‘amat panas’, menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA).

Bandar Isesaki di Wilayah Gunma merekodkan bacaan 39.5 darjah pada 2.20 petang, manakala 39.2 darjah dicatatkan di Kiryu di wilayah yang sama.

Tempat-tempat lain juga mengalami panas terik termasuk 39 darjah di Hatoyama dan 38.7 darjah di bandar Sano dan Kofu, kata agensi cuaca, sambil menambah beberapa bahagian di tengah Tokyo menyaksikan suhu meningkat kepada 36.6 darjah.

161 lokasi di Jepun ‘amat panas’


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Saravanan Akan Di Panggil SPRM

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker