RM27 bilion Harga Manchester United

LONDON: Harga jualan Manchester United kepada pembeli berpotensi boleh melebihi £5 bilion (RM26.92 bilion) kata satu laporan.

Masa depan kelab itu tidak menentu dan beberapa pihak mahu mengambil alih daripada keluarga Glazer.

Bekas pengarah United, Michael Knighton sedang menyediakan tawaran pengambilalihan yang “rapuh” dengan ahli perniagaan British itu dilaporkan hanya memiliki kekayaaan sebanyak £7 bilion (RM37.68 bilion).

Bagaimanapun dia sedang merancang penubuhan satu konsortium bagi memujuk Glazer – dan mahukan bantuan daripada Sir Jim Ratcliffe.

Menerusi bantuan Ratcliffe, Knighton berharap dapat melengkapkan pembelian sepenuhnya kelab itu yang akan menyebabkan mereka perlu membayar lebih daripada £5 bilion (RM26.92 bilion) menurut Goal, lebih £2.5 bilion (RM13.46 bilion) berbanding nilai Chelsea.

Ratcliffe yang juga penyokong Red Devils, cuba membeli Chelsea beberapa bulan lalu, dikatakan berminat dan berharap dapat mengadakan perbincangan dengan Glazer.

Dia dilaporkan bersedia membayar apa diperlukan bagi melengkapkan pembelian dan membantu memodenkan Old Trafford.

Seorang daripada jurucakapnya berkata: “Jika kelab itu mahu dijaul, Jim pasti akan menjadi pembeli berpotensi.

“Jika sesuatu seperti ini boleh dilakukan, kami berminat untuk berbincang dalam usaha menjadi pemilik jangka panjang.”

AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker