PEMANDU MABUK BERMAHARAJALELA LANGGAR MATI POLIS DAN ORANG AWAM, SAMPAI BILA MAHU BERLEMBUT?

Akta 333 Pengangkutan Jalanraya Perlu Di Gubal Semula

Salam Takziah kami ucapkan kepada keluarga Allahyarham KPL SAFWAN MUHAMMAD ISMAIL.

Al Fatehah buat Allahyarham.



Senario pemanduk mabuk melanggar sekatan jalanraya, melanggar orang awam semakin meningkat. Terbaru jam 2 pagi seorang anggota Polis DiRaja Malaysia maut dilanggar seorang pemanduk mabuk dalam satu sekatan jalanraya di Plaza Tol LEKAS dan sekali lagi kes ini menarik perhatian seluruh Malaysia. Pemandu mabuk berkenaan ternyata melakukan 3 kesalahan sekaligus apabila melanggar arahan PKP, melanggar sekatan pihak berkuasa dan menyebabkan kematian penjawat awam.

Sudah terlalu lama penyelesaian isu pemandu mabuk ini seperti ‘Hangat-Hangat Tahi Ayam’ hingga rakyat sudah tahu pemandu mabuk berkenaan hanya akan dikenakan denda tidak kurang Rm8 ribu dan tidak lebih Rm20 ribu , penjara tidak kurang 3 tahun dan tidak lebih 10 tahun. Terlalu murah nilai nyawa jika maut dilanggar oleh pemandu yang berada bawah pengaruh alkohol.

Nampaknya satu hukuman baru perlu digubal dalam parlimen bagi mengembalikan keyakinan rakyat akan kepekaan kerajaan menangani masalah pemandu mabuk di jalanraya. Mengikut akta sediada kandungan alkohol dalam tubuh yang dibenarkan ialah –



  • 35 mikrogram alkohol dalam 100 mililiter nafas
  • 80 miligram alkohol dalam 100 mililiter darah
  • 107 miligram alkohol dalam 100 mililiter air kencing

Apa yang rakyat mahukan ialah jumlah denda dan hukuman penjara yang setimpal perlu dikenakan terhadap pemanduk mabuk yang mengakibatkan kematian samada penjawat awam ataupun orang awam. Perkara yang melibatkan nyawa kerana ‘keseronokan’ pemabuk jangan dipandang enteng kerana sebarang kemungkinan boleh terjadi sekiranya emosi menguasai rakyat yang marah kerana sikap ‘lembut’ kerajaan menangani isu ini.

Disertakan sekali Akta 333 sebagai panduan kepada pembaca memahami apa peruntukan yang telah ditetapkan bagi menghukum pemandu mabuk. 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button