Amaran Fury buat Joshua

London: Tyson Fury memberi masa sehingga esok kepada Anthony Joshua untuk menandatangani kontrak pertarungan membabitkan kedua-dua petinju British itu atau melupakan hasrat bertemunya bagi merebut gelaran heavyweight dunia.

Promotor veteran, Frank Warren berkata, kontrak pertarungan berkenaan sudah dihantar ke kem Joshua.

Bagaimanapun promoter Joshua, Eddie Hearn berkata, terdapat beberapa isu kecil yang perlu diteliti sebelum pertarungan itu dijangka berlangsung pada akhir tahun ini.

Fury bagaimanapun kini memberi masa sehingga esok kepada Joshua untuk menandatangani kontrak itu.

“Dia (Joshua) sepatutnya tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menandatangani kontrak itu.

“Segala-galanya akan diketahui pada Isnin. Jika ia (tandatangan kontrak) tidak dilakukan pada Isnin, maka saya tidak akan meneruskannya.

“Saya tidak akan menunggu seseorang lelaki yang tewas tiga daripada lima pertarungan terakhirnya. Dia bernasib baik kerana saya memberinya peluang untuk merebut gelaran dunia,” katanya.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker