3 mangsa tertimbus dalam cubaan menyelamatkan diri

AMPANG JAYA: Tiga daripada empat mangsa yang maut dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2 di sini, petang semalam, dipercayai cuba menyelamatkan diri, namun tidak sempat apabila tertimbus dalam tanah sedalam satu hingga 1.5 meter.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata pihaknya menggunakan mesin pengorek untuk mengeluarkan mangsa berkenaan.

“Operasi mencari dan menyelamat mangsa bermula jam 5.54 petang semalam hingga 3 pagi tadi yang turut membabitkan 123 anggota Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM).

“Ada lima mangsa keseluruhan dan empat daripadanya maut. Pemeriksaan mendapati tiga mangsa maut cuba menyelamatkan diri tetapi tidak sempat kerana pergerakan tanah dan tertimbus.

“Terdapat sebuah rumah rosak 100 peratus dan beberapa rumah lain berhampiran terjejas,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian, hari ini.

Norazam berkata, beberapa anggota bomba akan ditempatkan di lokasi kejadian bagi memantau keadaan semasa sebagai langkah siap siaga jika insiden sama berulang.

Berita Harian

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker