ARIL PILUS CERITA SEGALANYA TENTANG ARWAH ABANG – ANAK MENANGIS PEGANG CD

“Dia dah tanya, aku cerita la pasal arwah, biar dia tau sekarang, elok nanti dia tanya dia dah bole terima kenyataan. Ceritanya bila anak dah tanya siapa kat cd dia pegang tu, aku cerita la segalanya,” demikian tulis penyanyi Aril Pilus yang baru-baru ini mendedahkan dia ada bercerita mengenai arwah abangnya yang juga merupakan penyanyi, Allahyarham Izwan Pilus kepada anak lelakinya, Tun Adriel Mikael.
“Sedih dia tengok arwah pakngah dia kat tv. Walaupun tak pernah jumpa & tak pernah tahu pun pasa arwah pakngah. Terus peluk cd album arwah pakngah kuat kuat. Mommy pun tak tahan sedih tengok mommy nya air mata pun turun dengan laju nya.

“Mikael terjumpa cd Album arwah pakngah , mikael tanya ni siapa? and first time daddy @arilpilus tell mikael tentang arwah pak ngah. Terus dia cry sambil hug cd album arwah pakngah. #AlFatihahIzwanPilus #IzwanPilusDalamKenangan. Mikael birthday sama tarikh birthday dengan arwah pakngahnya Allahyarham Khairil Izwan Bin Pilus, 24 November 2015,” tulis isteri Aril, Puteri Erma Edlinda Megat Aminuddin.

Tidak dinafikan, kehilangan insan yang tersayang bukan satu perkara mudah untuk dilalui dan itulah yang dihadapi Aril sekeluarga. Imbas kembali, arwah Izwan atau nama penuhnya, Khairil Izwan Pilus meninggal dunia pada 21 Januari 2012 akibat penyakit kencing tikus ketika berusia 32 tahun.


ISTERI SHUK: “BIARLAH HILANG SEGALANYA… DARIPADA LUPA SAYA & ANAK-ANAK”

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker