Frappart pengadil wanita pertama adili aksi Piala Dunia lelaki

DOHA: Stephanie Frappart akan menjadi wanita pertama mengadili perlawanan Piala Dunia lelaki selepas Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengumumkan namanya untuk aksi Kumpulan D antara Jerman dan Costa Rica.

Pengadil wanita dari Perancis itu antara tiga pengadil wanita yang dipilih untuk kejohanan di Qatar, bersama Salima Mukansanga dari Rwanda dan Yoshimi Yamashita dari Jepun.

Tiga lagi pengadil wanita hadir di Qatar sebagai pembantu pengadil.

Bagi Frappart, 38, mengadili perlawanan Piala Dunia lelaki adalah antara pencapaian terbaiknya selepas menempa nama di peringkat Eropah.



Dia menjadi pengadil wanita pertama mengadili Ligue 1 di Perancis pada tahun 2019, tahun sama menjadi pengadil di final Piala Dunia wanita di negaranya itu.

Frappart turut mengadili perlawanan final Piala Super 2019 antara Liverpool dan Chelsea, sebelum tampil di Liga Juara-Juara 2020 dan final Piala Perancis musim lalu.

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker