Edisi ketiga Piala Pra U diramalkan lebih sengit

Edisi ketiga Piala Pra U diramalkan lebih sengit

Edisi ketiga Piala Pra U diramalkan lebih sengit
WAKIL pemain memegang Piala Pra U menjelang saingan yang akan berlangsung di AMD, Gambang bermula Sabtu hingga 30 November ini.

PENGANJURAN edisi ketiga kejohanan bola sepak Piala Pra U 2023 menjanjikan saingan sengit musim ini, dengan penyertaan kali pertama lapan akademi ­bola sepak utama tanah air.

Saingan yang akan berlangsung di Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD) di Gambang bermula Sabtu hingga 30 November ini, menyaksikan penampilan khas Akademi Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (AJDT).

Dua wakil dari Pulau Pinang turut mengambil bahagian iaitu Akademi Bola Sepak Penang Panther dan Mutiara Impian, selain Akademi Bola Sepak Sime Darby.



Baki empat lagi penyertaan terdiri daripada AMD, Akademi Bola Sepak Felda (ABSF), Akademi Bola Sepak Majlis Sukan Negeri Terengganu (ABMSNT) dan Universiti Malaysia (MUFT).

Pengarah projek, Datuk Dr. Pekan Ramli percaya penganjuran edisi ketiga tahun ini merupakan peluang terbaik kepada pasukan-pasukan lain untuk menyaingi AMD yang bergelar juara bertahan dua tahun berturut-turut.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Benarkah Shahidan Kassim Adalah MP PAS Yang Akan Beralih Ke Blok Kerajaan?




“Ini pentas untuk pamerkan kehebatan masing-masing. Tahun lalu JDT tarik diri saat akhir, tetapi kali ini mereka ambil bahagian bersama tiga pasukan baharu iaitu Penang Panthers, Mutiara Impian dan Sime Darby.

“Kita juga nampak tahap dan jurang sudah semakin dekat ­dengan akademi-akademi lain dan pastinya menjanjikan satu saingan sengit,” katanya di Kementerian Pengajian Tinggi, ­Putrajaya semalam.

Piala Pra U kini semakin menarik minat akademi-akademi bola sepak bertujuan untuk menyediakan satu persaingan yang kompetitif dalam kalangan pemain remaja kebangsaan.

Selain itu, ia juga membuka ruang kepada pemain-pemain untuk menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi sebagai pilihan alternatif sekiranya mereka ditawarkan oleh pasukan atau kelab di Malaysia.



Edisi ketiga Piala Pra U diramalkan lebih sengit


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PMX Bidas Mantan Menteri PN Yang Menunggang Isu Undang Undang Syariah

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button