Dua remaja perempuan maut motosikal dirempuh kereta

Dua remaja perempuan maut motosikal dirempuh kereta

Dua remaja perempuan maut motosikal dirempuh kereta
Keadaan motosikal yang dinaiki mangsa selepas dirempuh kereta di Batu 13, Jalan Kuching-Serian. – Foto NSTP/Melvin Joni

PADAWAN: Dua remaja perempuan maut selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh kereta ketika menyeberang jalan di Batu 13, Jalan Kuching-Serian.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata dalam kejadian yang dilaporkan kira-kira jam 9.14 malam tadi, kedua-dua mangsa berusia 18 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

“Apabila melepasi pembahagi laluan (tengah jalan), motosikal mereka terus masuk ke laluan kereta terbabit yang bergerak lurus dari arah Serian hendak menghala ke Kuching.

“Impak pelanggaran itu menyebabkan penunggang tercampak di atas pembahagi laluan manakala pembonceng tercampak di atas jalan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Abang Zainal berkata, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik Hospital Umum Sarawak (HUS).

Pemandu kereta terbabit berumur 24 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dua remaja perempuan maut motosikal dirempuh kereta


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Agong serlah sisi romatik, Permaisuri terharu

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker