KRISIS ARMADA BERSATU – PERAK DAN SABAH BIDAS KENYATAAN MAHU KEMBALI KE PAKATAN HARAPAN

Krisis ARMADA BERSATU, SiapaSebenarnya Berbohong Peroleh Sokongan 2/3?

Pergolakan dalaman ARMADA BERSATU masuk episod baru apabila sudah ada kalangan mereka mengeluarkan kenyataan berbeza nada dengan apa yang dikeluarkan ARMADA Pusat.



Mubin Salleh Ketua ARMADA BERSATU Perak bersama 23 Ketua Armada Bahagian Perak menyelar tindakan membelakangkan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam hal kembali bersama Pakatan Harapan. Pendirian ARMADA Perak dinyatakan dalam satu KENYATAAN RASMI ARMADA PERAK.

ARMADA SABAH turut membidas kenyataan awal yang dikeluarkan. Krisis dalaman ini jelas menunjukkan parti yang hanya menang 13 kerusi dalam PRU14 sebenarnya sekadar ‘tunggangan’ kepada Pakatan Harapan untuk merealisasikan impian pemimpin yang lain. Secara tidak langsung, apa yang berlaku dalam PPBM ini merupakan petunjuk jelas ketidaksepakatan mereka dalam bersama Presiden PPBM sendiri yang enggan lagi bersekongkol dengan PH.

Buat masa ini ARMADA dari negeri lain belum menyatakan pendirian mereka untuk menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam mengemudi pentadbiran menerusi Perikatan Nasional. Apa episod seterusnya yang akan terjadi?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button