PAKATAN HARAPAN ‘PLUS’ LAKUKAN ‘SEMBAH DERHAKA’ MENERUSI SURAT USUL TIDAK PERCAYA MUHYIDDIN?
Siapa Sebenarnya Calon PM Dari Pakatan Harapan
Berlegar dalam media 2 pucuk surat dari Ahli Parlimen memohon untuk membawa usul ‘Undi Tidak Percaya’ terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 18 Mei 2020. Salah satu surat usul tersebut telahpun ditolak Speaker Dewan Rakyat kerana tidak selari dengan perkara 43 Perlembagaan Persekutuan. Bagaimanapun sepucuk surat yang turut dihantar oleh Tun Mahathir masih belum berjawap.
Perkembangan politik yang agak ‘tidak sihat’ ini dipercayai hanyalah untuk memberi tekanan terhadap pentadbiran kerajaan baru yang diperkenankan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong pada Mac lepas. Percaturan jijik sebegini menampakkan 2 persoalan yang akan berlegar dalam politik mutakhir Malaysia. Pakatan Harapan turut mendakwa mereka mempunyai bilangan sokongan melebihi majoriti mudah untuk menukar kerajaan kali ini. Jika diimbas kembali kemelut akhir Februari lepas, Pakatan Harapan sendiri berada dalam situasi celaru apabila Tun M meletakkan jawatan PM dimana kemudiannya dilantik YDPA sebagai PM Interim, mereka (PH) tidak dapat sokongan yang diperlukan bagi memastikan Anwar dilantik sebagai PM Ke-8. Kekusutan berlaku apabila Tun M membuat kejutan dengan mendakwa beliau juga ada sokongan untuk dilantik semula menjadi PM Ke-8 dan pada ketika itulah Azmin bersama gerombolannya mengambil keputusan keluar dari PKR dan bersama Muhyiddin yang menarik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) keluar dari Pakatan Harapan sekaligus menyaksikan PH tumbang. Muhyiddin kemudiannya bekerjasama dengan Umno, Mca, Mic, Pas dan GPS membentuk sebuah kerajaan dengan kelebihan undi mudah dan diperkenankan oleh YDPA. Walau ada cubaan saat akhir dari Tun M dan Anwar, mereka tidak dapat menzahirkan bukti jelas sokongan kepada masing-masing kepada pengetahuan YDPA kerana tidak ada seorangpun daripada keduanya beroleh sokongan mutlak.
Hari ini nada Pakatan Harapan berbeza, selepas menggelar PPBM sebagai pengkhianat mereka sedia menerima kembali PPBM untuk membentuk kerajaan. Timbalan Presiden PPBM bersama Tun M dan ARMADA PPBM bersetuju untuk ‘rujuk’ kembali selepas berpisah selain menamakan Tun M sebagai PM Ke-9. Ini sesuatu yang melucukan sama sekali kerana agak berbeza nada Anwar sebelum ini yang mendakwa sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai PM Ke-9. Secara tiba-tiba nama Mahathir Mohammad dicalonkan kembali. Permainan apakah ini? Mungkin Anwar terlupa apa kata Mahathir terhadapnya.
MAHATHIR KATA ANWAR GILA GILA NAK JADI PERDANA MENTERI
Sebalik ini semua benarkah ada perancangan yang jauh lebih licik sedang diaturkan samada untuk memalukan Mahathir, Mukhriz dan serpihan PPBM yang menjadi faktor kejatuhan PH atau agenda yang lebih buruk ialah protes terhadap Seri Paduka Yang DiPertuan Agong untuk menampakkan khilaf pertimbangan Tuanku YDPA memilih kerajaan?
Speaker Dewan telah menjelaskan usul yang cuba dibawakan bertentangan dengan Per.43 Akta Perlembagaan Negara dan sepatutnya selaku Ahli Parlimen, Shafie Apdal dan Tun M perlu mendapatkan pandangan undang-undang sebelum menghantar surat usul. Jelas mereka sudah ‘DIPERBODOHKAN’ oleh pihak lain. Siapa yang MEMBODOHKAN kedua-dua Tun M dan Shafie Apdal? Ibarat ‘Orang lain makan manggis, orang lain kena getah’, mereka (Mahahthir dan Shafie) berjaya dikenakan pihak tertentu untuk mengusulkan perkara yang bertentangan dengan Perlembagaan Negara.
Mengapa wakil dari Warisan dan Serpihan PPBM yang bertindak menghantar surat usul sedangkan dari PH sendiri tiada? Jelaslah permainan politik kali berbeza dari sebelumnya dan tindakan lebih bijak digunakan. Warisan bukanlah sebahagian daripada PH dan serpihan PPBM juga tidak mewakili PPBM secara sah. Siapa yang terkena kali ini?