JPJ BUKA 13 LAGI URUSNIAGA LIBATKAN KENDERAAN PERDAGANGAN DEMI KEPENTINGAN RAKYAT DAN MENYOKONG KELANGSUNGAN AKTIVITI EKONOMI NEGARA
Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, pembukaan 13 urusniaga di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mulai 11 Mei 2020 adalah secara berperingkat bagi mengurangkan risiko penularan wabak pandemik COVID-19. Pembukaan urusniaga pada waktu ini juga adalah lebih memfokuskan kepada kenderaan perdagangan ataupun komersial sahaja bagi menyokong kelangsungan aktiviti ekonomi negara.
Sebagaimana kenyataan media Ibu pejabat JPJ hari ini, sebanyak 13 lagi urusniaga yang melibatkan kenderaan perdagangan dibuka iaitu:
1. Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) bagi kenderaan e-hailing/ teksi/kereta sewa;
2. Pembaharuan Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) bagi kenderaan ehailing/teksi/kereta sewa;
3. Pendaftaran baru bagi kenderaan komersial;
4. Tukar hak milik bagi kenderaan komersial.;
5. Permohonan status vintaj/klasik;
6. Permohonan ubahsuai kenderaan komersial;
7. Permohonan A16 (berat dan dimensi);
8. Permohonan sijil timbang berat (permohonan di Ibu Pejabat);
9. Permohonan pelan teknikal kenderaan (permohonan di Ibu Pejabat);
10. Permohonan pemasangan lampu mata arah (permohonan di Ibu Pejabat);
11. Permohonan pendaftaran PE/ konsultan (permohonan di Ibu Pejabat);
12. Permohonan Component Type Approval (CTA) (permohonan di Ibu Pejabat);
13. Permohonan Vehicle Type Approval (VTA) (permohonan di Ibu Pejabat);
Perkhidmatan kaunter adalah beroperasi pada hari bekerja dari jam 8:00 pagi hingga jam 3:00 petang sahaja. Walau bagaimanapun urusniaga selepas jam 11.00 pagi hanya terhad kepada pembayaran e-payment sahaja. Justeru, orang awam amat digalakkan untuk menggunakan kaedah pembayaran secara e-payment (debit atau kredit kad).
Orang ramai sekali lagi diingatkan supaya sentiasa mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti mengawasi penjarakan sosial, digalakkan memakai topeng muka serta menggunakan ‘hand sanitizer’ atau kerap mencuci tangan menggunakan air dan sabun.
#KitaJagaKita
#KitaMestiMenang