Taktik mekanik jual dadah di bengkel dibongkar

Taktik mekanik jual dadah di bengkel dibongkar

Taktik mekanik jual dadah di bengkel dibongkar
Cheng San (kanan) melihat senapang buatan sendiri berserta peluru yang dirampas dalam serbun dadah ketika sidang media di IPD Seberang Perai Tengah di Bukit Mertajam. – NSTP/ Nur Izzati Mohamad

BUKIT MERTAJAM: Tindakan seorang mekanik menjadikan bengkel kenderaan di sekitar Seberang Perai Tengah, di sini, sebagai lokasi jualan dadah terbongkar apabila premis itu diserbu polis Isnin lalu.

Selain bengkel terbabit, serbuan hasil risikan selama dua bulan itu turut membabitkan dua lagi lokasi dengan keseluruhan enam individu termasuk pasangan suami isteri yang semua berusia antara 31 hingga 56 tahun ditahan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San, berkata hasil tiga serbuan itu, polis turut merampas dadah lebih 7.64 kilogram (kg) dianggar bernilai RM19,346.12.



Mengulas lanjut, katanya, serbuan pertama dilakukan jam 8.30 malam di bengkel kenderaan di Permatang Rawa, di sini, di mana tiga lelaki terdiri mekanik yang juga pemilik bengkel, pekerja dan seorang pelanggan ditahan ketika melakukan urusan jual beli dadah.

Hasil pemeriksaan, beliau berkata polis menemukan sembilan ketulan mampat disyaki dadah jenis ganja dengan anggaran berat 6.35 kilogram (kg) bernilai RM15,875 serta satu laras senapang buatan sendiri dan 19 peluru.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Suspek (mekanik) memaklumkan senapang itu ditemuinya ketika melakukan ekspedisi di hutan sebelum ini dan membawanya pulang untuk digunakan dalam ekspedisi akan datang sebagai tujuan keselamatan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah, di sini, hari ini.

Cheng San berkata, tangkapan itu membawa kepada serbuan kedua di tepi jalan di Permatang Pauh kira-kira sejam kemudian, di mana seorang lelaki dipercayai rangkaian sindiket ditahan.



Pada serbuan itu, katanya polis merampas satu ketulan mampat daun kering disyaki ganja seberat 244.77 gram (g) bernilai kira-kira RM612 dalam milikan suspek yang bekerja sebagai tukang cuci itu.

“Seterusnya, satu lagi serbuan dilakukan jam 12 tengah malam, di mana polis menahan sepasang suami isteri di sebuah rumah di Kubang Semang, dekat sini, bersama kira-kira 1.5 kg ganja bernilai RM2,614 dan 7 gram heroin bernilai RM245.

“Semua dadah yang dirampas itu boleh digunakan kira-kira 15,280 penagih,” katanya.

Cheng San berkata, siasatan polis mendapati sindiket pengedaran dadah itu mula aktif sejak awal tahun ini dengan tumpuan meraka kepada pasaran tempatan.

“Dua daripada enam suspek mempunyai rekod jenayah lampau, manakala ujian saringan air kencing ke atas semua tangkapan mendapati empat daripada mereka positif dadah.

“Polis turut menyita dua kereta dan tiga motosikal serta wang tunai dengan nilai sitaan termasuk dadah RM96,546.12 dalam ketiga-tiga serbuan yang diadakan,” katanya.

Semua suspek kini direman sehingga Isnin depan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 8 Akta Senjata Api Penalti Lebih Berat 1971.

Mekanik didakwa bunuh isteri sehari sebelum Aidilfitri

Taktik mekanik jual dadah di bengkel dibongkar


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Anwar beruntung dapat rawatan zaman BN

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker