Dua pengasuh disyaki dera kanak-kanak direman tujuh hari

JOHOR BAHRU – Dua pengasuh yang ditahan berhubung kes penderaan kanak-kanak berusia tiga tahun sehingga maut di Taman Skudai, di sini, pada Ahad malam, direman tujuh hari bermula hari ini.

Perintah reman dikeluarkan majistret, R. Salini ke atas suspek, seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun dan pembantu rumahnya, seorang wanita warga asing berusia 40 tahun di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Selasa.

Kedua-dua suspek tiba di mahkamah pada jam 9 pagi dengan kawalan polis.

Suspek dipercayai mendera mangsa hingga mati di sebuah kediaman di Taman Skudai sebelum ditahan pada Isnin bagi membantu siasatan.



Polis menerima aduan mengenai kematian kanak-kanak itu pada jam 11 malam pada Ahad daripada bapa mangsa apabila dimaklumkan tentang kejadian daripada suspek lelaki yang juga kenalannya.

Difahamkan suspek diupah menjaga mangsa serta adik perempuannya yang berusia setahun dengan bayaran RM2,800 sebulan.

Pemeriksaan awal mendapati kesan lebam dan luka pada badan mangsa sebelum mayat dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk bedah siasat.

© Astro Awani 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker