Bikin Malu!, hanya 300 orang hadir ceramah Muhyiddin

Oleh – Bakhtiar Omar


Bikin Malu!, hanya 300 orang hadir ceramah Muhyiddin

Bikin Malu! Itu sahaja penulis dapat simpulkan apabila ceramah Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dataran Purnama, Simpang Pelangai hanya dihadiri lebih kurang 300 orang.

Biarpun kelihatan Perikatan Nasional sangat kuat berkempen, realitinya mereka sekadar ‘melepaskan batok di tangga’.

300 orang bukanlah angka yang boleh dibanggakan berbanding kedudukan Muhyiddin sebagai bekas Perdana Menteri Ke-8. Ini benar-benar menjatuhkan maruah ‘ABAH’ yang dikatakan sangat berintergriti dan bersih biarpun ada kes di Mahkamah.

MANA JENTERA BERSATU DAN GERAKAN SEMASA PRK PELANGAI?

 

 

Bikin Malu!, hanya 300 orang hadir ceramah Muhyiddin?

Oleh kerana calon PN datang dari PAS, boleh dikatakan jentera BERSATU dan GERAKAN langsung tidak kelihatan mengiringi calon mahupun berkempen rumah ke rumah terutama di kawasan Felda.

Malah, PAS juga dikatakan tidak berani membawa Penasihat SG4, Tun Mahathir turun berkempen di kawasan Felda kerana tahu sejarah Mahathir tidak pernah membantu Peneroka Felda di waktu sukar.

Ini mungkin kerana protes dari BERSATU terhadap PAS yang secara diam-diam membuat keputusan untuk memberikan Mahathir jawatan sebagai penasihat Ekonomi SG4 sedangkan Muhyiddin langsung tidak dipelawa untuk menjadi sebahagian daripada SG4.

JENTERA PAS ‘LESU’ KERANA GAGAL JATUHKAN IMEJ MB PAHANG

Bikin Malu!, hanya 300 orang hadir ceramah Muhyiddin?
Dato Sri Wan Rosdy bersama ‘Pempegaruh’ Buruh Ladang dan Barkoba di Pelangai

Jentera PAS nampak sangat ‘lesu’ apabila pelbagai percubaan menjatuhkan imej YAB Menteri Besar Pahang, Dato Sri Wan Rosdy menemui kegagalan.

Komitmen BN Pahang merealisasikan manifesto di Pahang jelas membuka mata pengundi Pelangai untuk tidak mengubah haluan sokongan.

Biarpun ada hasut-hasutan berskala kecil untuk memburukkan pentadbiran Kerajaan Pahang, rakyat sebenarnya sudah bijak menilai siapa yang sebenarnya mampu menjaga kebajikan rakyat secara keseluruhan.

Apatah lagi apabila manifesto dibuktikan dengan kejayaan dan bukan sekadar ucapan manis. Ini antara resepi kejayaan BN di bawah Naib Presiden Umno merangkap Menteri Besar Pahang.

Berbaki kurang dari 48 jam, penentuan kalah menang pada Sabtu ini akan memberi isyarat kepada kedua-dua pihak yang bertanding.

Menurut laporan yang diberikan sumber-sumber yang boleh dipercayai, potensi BN untuk menang kembali kerusi Pelangai agak besar berbanding Perikatan Nasional.

Walau bagaimanapun, menurut laporan juga, majoriti kemenangan akan turut menurun dari angka pada PRU15. Apapun, selamat mengundi diucapkan kepada pengundi N36 Pelangai.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker