Ranveer, Deepika timang anak sulung September ini

Oleh – Syeikh Baran


Ranveer, Deepika timang anak sulung September ini
PASANGAN terkenal Bollywood, Deepika Padukone dan suami, Ranveer Singh bakal menimang cahaya sulung mereka pada September nanti.

Pasangan Bollywood terkenal, Ranveer Singh dan Deepika Padukone mengumumkan berita gembira apabila bakal menimang cahaya mata sulung mereka pada September depan.

Tiga bulan menjaga rahsia kehamilan, khabar yang dikongsikan dalam Instagram masing-masing menjadi antara tajuk utama portal berita di India memandangkan pasangan itu telah menunggu selama enam tahun untuk dikurniakan zuriat.

Walaupun tidak menyatakan usia kandungan, rata-rata peminat dapat membuat pengiraan sendiri bahawa aktres berusia 39 tahun itu baharu melepasi trimester pertama kehamilan.



Sebelum ini gosip mengenai keadaannya yang sudah berbadan dua hangat diperkatakan berikutan tindakan cubaan menyembunyikan bahagian perut pada majlis British Academy Film Awards (BAFTA) Ke-77, di London.

Deepika tampil pada acara tersebut dengan menggayakan persalinan tradisional India berupa sari rona keemasan namun dilihat menyorokkan perut, selain mempunyai fizikal yang tampak berbeza.

Beberapa tahun kebelakangan ini mereka kerap ditanya mengenai anak, namun kedua-duanya menegaskan tidak pernah merancang keluarga.

Malah dua tahun lalu Ranveer juga mendedahkan sudah mempunyai senarai nama pilihan andai mereka dikurniakan cahaya mata sehingga ada pihak menyangka isteri telah hamil.



Bintang filem Bajirao Mastani itu mendirikan rumah tangga pada 14 November 2018 selepas hampir setahun bercinta disatukan dalam naskhah berjudul Goliyon Ki Raasleela.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker