KENYATAAN MEDIA – Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN)
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah mengadakan mesyuaratnya pada petang ini. Kini Barisan Nasional terdiri dari gabungan empat parti politik tanah air terdiri daripada UMNO, MCA, MIC dan PBRS.
BN adalah kelompok terbesar dengan 43 kerusi Parlimen yang telah memberi sokongan kepada Ahli Parlimen Pagoh, YAB Tan Sri Haji Muhyiddin Yassin UntUk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-8 yang seterusnya membentuk Kabinet Kerajaan Malaysia yang baru yang kini dikenali sebagai Kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Mesyuarat Dewan Tertinggi BN pada hari ini sebulat suara membuat ketetapan berikut:-
* BN terus memberi sokongan dan kepercayaan tidak berbelah bahagi terhadap kepimpinan Ahli Parlimen Pagoh, YAB Tan Sri Haji Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Ke-8.
* BN terus menyokong dan mendokong Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri.
* Berhubung pendaftaran PN secara formal sebagai sebuah parti seperti yang dicadangkan, BN berpandangan BN perlu melalui proses tertentu dalam parti komponen masing-masing.
* Sekiranya terdapat usul tidak percaya di Parlimen, ketetapan dibuat supaya semua Ahli Parlimen BN akan mengundi secara en-bloc, menyokong Tan Sri Haji Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.
DATO’ SERI DR AHMAD ZAHID BIN HAMIDI
PENGERUSI BARISAN NASIONAL
12 MEI, 2020