KEJAM!!! BAYI DICAMPAK DARI TINGKAT 3 DI PULAU PINANG

Hilang Nilai Kemanusiaan, Sanggup Lempar Bayi Dari Flat

 

Georgetown, 13 Mei – Seorang bayi lelaki dicampak dipercayai dari tingkat tiga blok 8 flat Bukit Gedung di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu disedari penghuni flat berkenaan selepas menemui bayi yang masih bertali pusat itu di pekarangan blok 8 terbabit.



Terdahulu, penduduk menghubungi pihak polis bagi memaklumkan kejadian sebelum melihat ada kesan darah pada bahagian belakang kepala.

Difahamkan seorang wanita bujang berusia 18 tahun telah ditahan pihak polis bagi membantu siasatan.

Siasatan lanjut juga mendapati, bayi berkenaan dibuang dari tingkap dapur flat blok berkenaan dengan ketinggian kira-kira lima meter.



Turut kelihatan kesan darah pada bahagian tingkap terbabit.

Bayi yang masih hidup itu dihantar ke Hospital Besar Pulau Pinang untuk rawatan susulan.

Sumber – Roda Pena

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker