Perlu pendekatan komprehensif tangani isu simpanan persaraan

Perlu pendekatan komprehensif tangani isu simpanan persaraan

Perlu pendekatan komprehensif tangani isu simpanan persaraan
AWANG Adek. FOTO Arkib NSTP

Kuala Lumpur: Pendekatan yang komprehensif diperlukan untuk menangani aspek struktur dan khusus berhubung isu simpanan persaraan, kata Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin.

Susulan keperluan yang semakin meningkat dalam kalangan rakyat Malaysia untuk mengambil langkah proaktif bagi melindungi masa depan kewangan mereka, perbincangan secara berterusan dan penjelasan lengkap mengenai hala tuju masa depan adalah sangat penting, katanya.

“Jangkaan persaraan bagi golongan muda berubah, begitu juga jangkaan terhadap pengurus yang menguruskan simpanan ini,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Forum ‘Improving Long-Term Retirement Planning and Savings Behaviour’ (Memperbaiki Perancangan Persaraan Jangka Panjang dan Tingkah Laku Simpanan), di sini semalam.



Awang juga berkata SC sedang mengembangkan rangka kerja Skim Persaraan Swasta (PRS) untuk membolehkan penyedia semasa dan pengurusan pelaburan digital menawarkan PRS berasaskan algoritma, menggalakkan golongan muda memulakan simpanan persaraan.


Sementara itu, PRS telah berkembang sebanyak 25 peratus antara 2018 dan 2022 kepada RM5.4 bilion daripada RM2.7 bilion.

“Menerusi penyebaran maklumat kepada orang ramai dan insentif seperti Insentif Belia PRS, asas keahlian telah meningkat sebanyak 40 peratus kepada 577,000 pada 2022 daripada 416,000 pada 2018 dengan kebanyakan ahli di bawah 40 tahun,” katanya.

Perlu pendekatan komprehensif tangani isu simpanan persaraan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Penyokong palsu Najib Gagal lagi

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker