MAHATHIR MULA MENYERANG KESAHIHAN PERLANTIKAN PM OLEH YANG DIPERTUAN AGONG?
Mahathir Buat Serangan Terhadap Muhyiddin Dan Cuba Timbul Persepsi Terhadap YDPA
Tun Mahathir terus menerus mempertikaikan kesahihan perlantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Ke-8 oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong pada Mac 2020.
[KGVID]https://www.my-tv.online/wp-content/uploads/2020/05/Ulasan-Sidang-Parlimen-18-Mei_20200513_2.mp4[/KGVID]Jika diteliti ucapan Mahathir, beliau sekali lagi cuba menimbulkan syak wasangka rakyat terhadap Kuasa Yang DiPertuan Agong bagi melantik Perdana Menteri yang mengikut hemat serta pertimbangan wajar Baginda individu tersebut mempunyai bukti sokongan yang dipersembahkan ketika itu.
Video tersebut telah DINAIK MUAT DALAM LAMAN RASMI PPBM.
Mungkin sudah sampai masanya Polis DiRaja Malaysia bertindak menghentikan sebarang cubaan mempertikaikan kuasa Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong tanpa mengira sesiapapun mereka. Institusi Istana Negara, Raja Raja Melayu dan Majlis Raja Raja Melayu telah bermesyuarat dan mengambil semua aspek dari pelbagai sudut sebelum menyerahkan kepada kebijaksanaan YDPA bagi melantik PM dan ini termaktub dalam perlembagaan.