Selepas MP PPBM, Kini MP PAS Pula Sokong PMX

@acik.mantera

♬ original sound – aCik.manTera – aCik.manTera

Selepas MP PPBM, Kini MP PAS Pula Sokong PMX

4 orang ahli parlimen PPBM yang merupakan parti komponen dalam Perikatan Nasional sudah sah beralih arah.

Malah dikhabarkan, kedudukan mereka di parlimen juga sudah bertukar.



Dari duduk di blok pembangkang, kini mereka sudah ditempatkan di blok kerajaan.

Sangat jelas kini mereka ibarat duri di dalam daging bagi Perikatan Nasional.

Dari mempunyai 74 ahli parlimen, kini boleh diandaikan, Perikatan Nasional cuma mempunyai 70 ahli parlimen.

Belum selesai kisah 4 ahli parlimen PPBM yang beralih arah, kini timbul pula khabar angin yang mengatakan ada beberapa ahli parlimen PAS akan mengambil langkah yang sama.



Pada pandangan penulis, berita ini bukan lagi setakat khabar-khabar angin, tetapi cuma menunggu masa untuk ianya diumumkan.

Kalau tidak, masa kan Mursyidul Am PAS meminta supaya ahli parlimen PPBM yang menggunakan lambang PAS melakukan baiah.

Tetapi ada cerita yang lebih menarik lagi.

Katanya ada beberapa perbincangan akhir yang masih lagi dalam perbincangan dan menunggu lampu hijau untuk dimuktamadkan.



Tidak seperti 4 orang ahli parlimen PPBM yang sudah sah beralih arah.

Ahli parlimen yang ini dikatakan akan membawa bersama beberapa orang lagi ahli parlimen bersama beliau.

Jadi, harga di pasaran mestilah tinggi dari yang 4 orang itu.

Katanya bukan sekadar peruntukan sahaja yang beliau minta, malah jawatan dalam kabinet juga antara syarat untuk melompat.



Siapa, penulis tidak mahu dedahkan sekarang.

Tetapi presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri ada memberikan bayangan sewaktu beliau berbahas di dalam parlimen.

Tapi, kalau boleh mempengaruhi ahli parlimen yang lain, sudah tentulah orangnya mempunyai pengalaman menjadi broker sebelum ini.

Kalau setakat ahli parlimen setahun jagung yang peraturan mesyuarat pun belum hafal, tidak mungkin boleh pengaruhi orang lain.



Selepas MP PPBM, Kini MP PAS Pula Sokong PMX

 

Temui Kami:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button