Hanya Kerana Anti Najib, Majlis Peguam Cabar Kuasa Agong

Hanya Kerana Anti Najib, Majlis Peguam Cabar Kuasa Agong

 

Majlis Peguam akan memfailkan semakan kehakiman terhadap pengampunan DS Najib.

Ia adalah susulan terhadap usul mencabar tindakan terhadap bekas perdana menteri itu diluluskan dalam mesyuarat agung tahunan (AGM) badan itu hari ini.

Usul mencabar kesahihan pengampunan DS Najib itu menerima sokongan 238 ahli dengan hanya seorang ahli yang menentang cadangan terbabit.

Presiden Majlis Peguam yang baharu dilantik pada AGM, Ezri Abdul Wahab, berkata semakan pengampunan itu akan dilaksanakan dalam tempoh dua minggu lagi.



Penulis tidak faham, apakah tujuan dan matlamat kewujudan Majlis Peguam sekarang ini.

Adakah matlamat utama Majlis Peguam adalah untuk memastikan mantan perdana menteri, DS Najib terus kekal di dalam penjara.

Atau Majlis Peguam mahu memastikan kalau boleh DS Najib dipenjarakan hingga ke akhir hayat beliau.

Adalah sangat mustahil Majlis Peguam tidak tahu kuasa pengampunan adalah kuasa prerogatif YDP Agong.



Kerana ianya dinyatakan dengan jelas dalam Perkara 42 Perlembagaan Malaysia.

Juga sangat tidak masuk akal, Majlis Peguam tidak tahu kuasa prerogatif tersebut tidak boleh dicabar dalam mana-mana mahkamah.

Alasan yang diberikan adalah mereka bukan mencabar kuasa YDP Agong.

Tetapi mereka mencabar keabsahan langkah pengampunan tersebut.

Bukankah sudah ada precedent terhadap proses pengampunan dalam kes pengampunan penuh Anwar Ibrahim.

Asasnya adalah YDP Agong tidak terikat dengan keputusan atau nasihat Lembaga Pengampunan dalam menjalankan kuasa baginda dalam Perkara 42 Perlembagaan Malaysia.

Sama ada keputusan YDP Agong mengikuti atau tidak mengikuti nasihat Lembaga Pengampunan, pengampunan yang diberi adalah atas kapasiti baginda sebagai YDP Agong.

Persoalannya, mengapakah Majlis Peguam begitu berminat untuk memainkan isu pengampunan DS Najib?

Bukankah banyak lagi kes yang menimbulkan perlbagai persoalan.

Seperti campurtangan Tommy Thomas dan Dr Mahathir dalam badan kehakiman.

Kenapa ianya tidak dipertikaikan dan tidak dibahaskan?

Kenapa tidak ada desakan supaya Peguam Negara memfailkan kes tersebut di mahkamah?

Jangan dilacurkan kedaulatan undang-undang negara demi memuaskan nafsu sendiri.

 

Hanya Kerana Anti Najib, Majlis Peguam Cabar Kuasa Agong

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker