PH Berikan Isyarat Jelas Kepada KJ

PH Berikan Isyarat Jelas Kepada KJ

PH Berikan Isyarat Jelas Kepada KJ

Dari sumber dalaman Khairy Jamaluddin (KJ), memaklumkan kepada penulis antara parti yang menjadi pilihan beliau adalah PKR.

KJ dikatakan mempunyai keyakinan yang tinggi PKR akan menerima permohonan beliau untuk menyertai parti tersebut.

Keyakinan KJ berdasarkan hubungan baik beliau dengan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dan Nurul Izzah.

Dan yang terkini, lebih meyakinkan beliau apabila Anwar Ibrahim melantik Nurul Izzah sebagai penasihat khas ekonomi dan kewangan beliau.

Walau pun sememangnya diketahui hubungan KJ dengan Anwar Ibrahim agak dingin, namun beliau mengharapkan Rafizi dan Nurul Izzah untuk mempengaruhi Anwar.

Impian KJ Berkubur Dengan Kenyataan Tegas Anwar

Namun, apabila Anwar membuat kenyataan yang tegas, ianya telah memberikan isyarat yang sangat jelas bahawa pintu PKR, malah PH sudah ditutup untuk KJ.

“PH akan meneliti terlebih dahulu sebarang permintaan daripada pemimpin dan ahli UMNO yang dipecat untuk menyertai komponen gabungan itu”.

“Bagaimanapun, setakat ini, PH masih belum menerima sebarang permintaan mengenainya”.

“Sekiranya ada, ia perlu mendapat pandangan daripada pemimpin parti komponen masing-masing”.

“Ini keputusan dalaman disiplin masing-masing, tetapi tak ada timbul sebarang pelawaan untuk bersama”.

“Kita akan teliti dan tentunya mendapat pandangan pimpinan lain dan juga menjaga kedamaian dan Kerajaan Perpaduan,” tegas Anwar.

Baca di sini:

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/keputusan-terima-ahli-umno-dalam-ph-perlu-jaga-kedamaian-kerajaan-perpaduan-pm-404142

Sangat jelas, keutamaan Anwar adalah untuk memastikan Kerajaan Perpaduan yang beliau terajui terus kukuh dengan kerjasama bersama BN dan beberapa gabungan parti yang lain.

Adalah agak mustahil untuk Anwar menerima KJ yang dipecat dari UMNO kerana UMNO merupakan komponen penting dalam Kerajaan Perpaduan.

Alasan pemecatan KJ dari UMNO juga sudah pasti akan diberi perhatian yang serius oleh bukan sahaja Anwar, tetapi juga pemimpin komponen PH yang lain.

Benar, UMNO, PKR, DAP dan PAN mempunyai ideologi politik yang berbeza sejak berdekad yang lalu.

Tetapi pengkhianatan adalah satu sikap yang pasti akan ditolak oleh semua parti.

Hatta, parti yang berideologi komunis juga pasti akan menolak pengkhianat.

Cadangan dari penulis, eloklah KJ sertai PPBM kerana di sana ramai pemimpin yang sealiran dan seperangai dengan beliau…😉😉😉

 

PH Berikan Isyarat Jelas Kepada KJ

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker