Reen Rahim Ulas Isu Tajaan RM15 Juta

Betul Kata Netizen, Lebih Baik Bantu Orang Memerlukan

Reen Rahim Ulas Isu Tajaan RM15 Juta

Reen Rahim Ulas Isu Tajaan RM15 Juta

Pelakon Reen Rahim menjelaskan mengenai kekeliruan berhubung soal tajaan berjumlah RM15 juta bersempena majlis perkahwinannya, sebagaimana yang pernah dikongsi sebelum ini.

Menurut Reen, dia tidak menerima tajaan tersebut dari bentuk wang ringgit sebaliknya, ia jumlah keseluruhan aksesori dan barangan kemas yang dipakainya selama tiga hari pada hari bahagia.

“Bila pihak media berkongsi tentang tajaan bernilai RM15 juta, semua orang ingat saya terima dalam bentuk wang. Sebenarnya tidak.

“Yang bernilai jutaaan ringgit itu adalah aksesori yang saya pakai ketika majlis berinai, akad nikah dan bersanding.

“Manakala, bagi perunding perkahwinan pula, memang saya sendiri yang menggunakan khidmat mereka. Yang itu bukan tajaan. Mereka merancang seperti apa yang saya inginkan,” jelasnya kepada MH.

Reen berkata sedemikian ketika ditemui sejuris majlis akad nikahnya bersama pilihan hati, Hazim Zainal di Boraombak, Marina Putrajaya pada Sabtu.

Katanya lagi, sekiranya dia dikurniakan wang sebanyak itu pun, dia tidak akan menghabiskannya semata-mata untuk majlis perkahwinan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Bagi menjelas kekeliruan tersebut, saya ingin memaklumkan yang saya tidak menerima wang RM15 juta hanya untuk dibelanjakan untuk majlis saya sahaja.

“Memang betul apa yang netizen cakap, lebih baik saya gunakan wang tersebut untuk bantu mereka yang memerlukan,” kongsinya lagi.

Dalam pada itu, Reen turut menzahirkan rasa syukur apabila dia dipertemukan dengan lelaki sebaik Hazim

“Soal jodoh ini memang kita tak boleh nak jangka. Ia seperti magis. Tiada perkataan lain yang boleh saya gambarkan saat ini selain daripada bersyukur.

“Kami berkenalan dua tahun yang lalu. Sepanjang perkenalan tersebut, pergaulan kami tidak terlalu rapat tetapi kami sangat serasi bersama.

“Kami tak pernah dating bersama sehinggalah dia melamar saya sebulan sebelum bertunang,” kongsinya lagi.

Sementara itu, Hazim pula memaklumkan dirinya juga sudah bersedia untuk turut sama terpalit dengan dunia glamor isterinya itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Meskipun terkenal dengan sifatnya yang sentiasa ceria, Hazim memaklumkan dirinya mempunyai sudut pandang yang berbeza mengenai Reen.

“Saya mengenali dia bukan sebagai Reen Rahim tetapi sebagai Noreen Ashikin Abdul Rahim. Dia memang istimewa bagi saya. Hanya dia yang berjaya membuka hati saya.

“Saya pun lama juga solo. Akhirnya ada juga yang berjaya menembusi hati saya. Jodoh itu rahsia Allah. Soal umur pula, bukan satu penghalang buat saya,” katanya lagi.

Reen Rahim Ulas Isu Tajaan RM15 Juta

Reen Rahim Ulas Isu Tajaan RM15 Juta

Pasangan ini dikatakan mula berkenalan sewaktu di set penggambaran filem, Daddyku Gangster. Dalam filem tersebut, Hazim bertindak sebagai salah seorang pelakon lagak ngeri.

Bagaimanapun, pasangan pengantin baru ini terpaksa menunda dahulu percutian bulan madu mereka memandangkan jadual kerja Reen yang agak padat.

Dengan sekali lafaz, pasangan itu dinikahkan ayah pengantin perempuan, Abdul Rahim Abdul Kadir, di hadapan Pendaftar Nikah Putrajaya, Hafizan Ibrahim.

Reen menerima mas kahwin sebanyak RM1,988 serta sedulang emas. Pihak lelaki membawa lima dulang hantaran dan dibalas dengan tujuh oleh pengantin perempuan.

REEN RAHIM MASUK HOSPITAL?

Reen Rahim Ulas Isu Tajaan RM15 Juta


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Saksi Pendakwa Kes Shahrir Samad Dedahkan Kepada Mahkamah Tentang Campurtangan Politik Di SPRM Dan Jabatan Peguam Negara

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker