Ada pasukan berisiko kena sekatan

Ada pasukan berisiko kena sekatan

Ada pasukan berisiko kena sekatan
Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Datuk Stuart Ramalingam. Foto: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya dua pasukan berisiko dikenakan sekatan membawa masuk pemain baharu bagi jendela perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga M), bulan depan.

Unit Pelesenan Kelab Liga Bolasepak Malaysia (MFL) First Instance Body (FIB) bakal mengadakan perbincangan lanjut bagi menentukan pasukan yang kemungkinan dikenakan sekatan perpindahan berikutan isu yang dihadapi mereka terutama membabitkan tunggakan gaji.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Stuart Ramalingam menjelaskan perkara terbabit perlu dilakukan untuk memastikan pasukan tidak mengambil mudah dalam melunaskan gaji pemain dan pegawai pasukan mengikut apa yang terkandung dalam kontrak.

“Unit pelesenan mungkin akan mengadakan perjumpuaan minggu depan. Seperti sedia maklum, terdapat satu atau dua pasukan yang perlu dibincangkan mengenai perkara itu membabitkan kedudukan kewangan mereka.

“Perkara itu (sekatan perpindahan) akan dibincangkan berkaitan kedudukan semasa mereka dan ia akan diumumkan sebaik keputusan diperoleh,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kenapa pembekuan akaun Kroni Tun Mahathir tidak dilaporkan meluas oleh media tempatan?

Musim lalu, isu tunggakan gaji yang menimpa Sarawak United menyebabkan pasukan itu dikenakan sekatan perpindahan pemain oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Justeru, tindakan sekatan perpindahan yang dikenakan ke atas pasukan bukan perkara baharu, malah isu tunggakan gaji membabitkan pemain dan pegawai pasukan juga dilihat masih berlaku dalam Liga M.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kenapa pembekuan akaun Kroni Tun Mahathir tidak dilaporkan meluas oleh media tempatan?

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker