Gol lewat Bahrain ‘membunuh’ kami

Oleh – Syeikh Baran


Gol lewat Bahrain 'membunuh' kami
Pemain Malaysia sugul selepas tewas 1-0 kepada Bahrain dalam aksi kedua Kumpulan E saingan Piala Asia 2023 di Stadium Jassim bin Hamad, Doha. – NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM

Pemain tengah skuad kebangsaan, Syamer Kutty Abba menyifatkan jaringan lewat yang diperoleh Bahrain membunuh impian Harimau Malaya untuk melakar keputusan yang lebih positif.

Skuad negara tewas 0-1 kepada Bahrain, malam tadi hasil jaringan pada masa kecederaan oleh Ali Madan di Stadium Jassim bin Hamad yang menyaksikan Malaysia tersingkir di peringkat kumpulan Piala Asia 2023.



Meskipun tewas, Syamer bagaimanapun menjelaskan bahawa dia bangga dengan barisan pemain Harimau Malaya yang sudah memberikan segala-galanya untuk mendapat keputusan yang lebih baik.

“Pada perlawanan ini kami lebih banyak bertahan dan bermain secara serangan balas. Namun, seperti kita tahu mereka (Bahrain) pasukan yang lebih baik.

“Kami bekerja sebagai satu pasukan, kita tahu perlawanan ini perlawanan yang sukar bagi kami tetapi malangnya kami dibolosi gol minit akhir,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan.

Kekalahan kedua yang dialami Harimau Malaya selepas tewas 0-4 kepada Jordan pada aksi pertama menyaksikan skuad negara kekal di kedudukan keempat kumpulan tanpa sebarang mata.



Selain itu, Syamer turut berkongsi suasana suram di bilik persalinan skuad negara selepas tamat perlawanan dengan Bahrain.

“Sejujurnya kami semua memang kecewa, tiada siapa yang gembira tetapi dalam pasukan ini kami masih kekal bersama. Ia penting untuk kami bersama dalam situasi sukar,” katanya.

Sumber – Berita Haria



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button