Komuniti Cub Prix lega musim 2020 selesai


Gambar fail

28/12/2020 05:46 PM

KUALA LUMPUR, 28 Dis — Komuniti Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas bersyukur perlumbaan bagi musim 2020 dapat dilengkapkan di sebalik cabaran daripada pandemik COVID-19.

Ron Hogg, pengarah promoter perlumbaan iaitu Safe Aim Mutual Sdn Bhd, berkata walaupun empat pusingan terpaksa ditamatkan dalam jangka masa enam hari di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) minggu lalu, komuniti perlumbaan dua roda negara tetap lega kejuaraan itu dapat dilengkapkan.



Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan yang memberikan kebenaran meneruskan perlumbaan.

“Tidak lupa juga Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari serta Timbalan Menteri Belia dan Sukan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang ‘turun padang’ untuk turut menyerikan perlumbaan terakhir musim ini di SIC hujung minggu lalu.

“Peluang untuk menamatkan musim ini telah melonggarkan kekangan kewangan yang mungkin dihadapi oleh semua pasukan perlumbaan sekiranya empat perlumbaan terakhir tidak dapat dianjurkan.

“Tidak dinafikan, perlumbaan enam hari dengan empat pusingan berturut-turut menelan kos belanja yang begitu tinggi. Namun begitu, semua pihak, termasuk penaja dan pasukan menghulurkan kerjasama yang begitu memberangsangkan,” katanya menerusi kenyataan.



Kejuaraan Cup Prix 2020 sebanyak lapan pusingan itu terpaksa ditangguh beberapa kali berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat sejak Mac untuk mengekang wabak COVID-19.

Brendan harap tuah

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker