Datuk Seri Najib tidak sihat, perbicaraan ditangguh.

Semalam, perbicaraan kes #1MDB DS Najib Razak terpaksa ditangguh apabila beliau mengadu sakit perut, cirit birit pada sebelah petang.

Doktor dari penjara mengesahkan DS Najib tidak sesuai berada di mahkamah kerana ubat yang diberi pada beliau akan menyebabkannya mengantuk.

Semoga Allah memberi kesembuhan kepada beliau dan boleh meneruskan perbicaraan pada hari ini.

Pada sesi pagi, Jasmine Loo disoal bertalu talu oleh TS Shafee, terutamanya kenyataan Jasmine berkaitan Artikel 117 M&A 1MDB.

Jasmine cuba meletakkan DS Najib sebagai orang yang bertanggungjawab sebagai pembuat keputusan dalam 1MDB, bukan BOD.

TS Shafee menegaskan, Article 117 tak pernah kata PM atau shareholder kena buat keputusan tetapi BOD yang kena buat keputusan terlebih dahulu, kecuali terdapat sanction.

Shafee juga berkata, kuasa PM adalah lebih besar dalam Petronas, boleh overule kuasa BOD. Tapi DS Najib tak pernah guna kuasanya untuk overule BOD. Inikan pula 1MDB.

Akhirnya, Loo terpaksa bersetuju.

Yang paling menarik, Loo terdiam apabila disoal mengenai Director Circular Resolution (DCR). Kalau ikutkan tatakelola yang betul, BOD akan tandatangan dulu dokumen ini baru shareholder iaitu PM.

Tetapi Loo kata, dia ingat DS Najib tandatangan dahulu dokumen ini. Sama macam IO Aida, dia nak gambarkan DS Najib kawal 1MDB dan segala keputusan dibuat oleh Najib, bukan BOD.

Soal TS Shafee, macam mana Loo boleh ingat secara sepsifik dokumen ini DS Najib tandatangan dahulu? Sedangkan hal ini berlaku 12 tahun dahulu, malah banyak hal lain yang disoal Loo kata tak ingat.

Saya sambung dalam hantaran seterusnya.

Rf Lias
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker