Kapal persiaran mega buatan China selesai jalani percubaan

Kapal persiaran mega buatan China selesai jalani percubaan

Kapal persiaran mega buatan China selesai jalani percubaan
Kapal persiaran Adora Magic City. – FOTO Agensi

Beijing: Adora Magic City, iaitu kapal persiaran mega buatan China yang pertama selamat berlabuh di pelabuhan Shanghai pada Isnin, selepas menyelesaikan pelayaran percubaan selama lapan hari.

Pelayaran percubaan kali ini telah mencapai piawaian yang ditetapkan, sekali gus menandakan pencapaian signifikannya dan fasa penyerahan kepada pembeli dijadualkan pada penghujung tahun ini.

Untuk rekod, pelayaran percubaan yang bermula pada 17 Julai itu melibatkan ujian merangkumi lebih 60 aspek, termasuk sistem pendorong, sistem pengendalian dan keselesaan.



Ketua arkitek projek kapal persiaran mega dari syarikat China Shipbuilding, Zhou Qi, berkata pihaknya telah berjaya menyelesaikan misi pelayaran percubaan pertama mengikut jadual.

“Ia bukan sahaja untuk mengesahkan kuasa pelayaran kapal, tetapi juga untuk memeriksa keselesaan seluruh kapal dan menguji pengoperasian pelbagai sistem.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kebiadaban Presiden Parti Gerakan

 


“Ini ujian komprehensif kali pertama,” katanya.

Menurut laporan, seramai 1,217 individu menyertai pelayaran percubaan itu dan Adora Magic City kini berada pada fasa penyahpepijatan sistem peralatan dan hiasan dalaman.



Kejayaan pelayaran berkenaan turut meletakkan asas kukuh untuk pelayaran percubaan kali kedua dan penamaan serta penyerahan pada penghujung tahun ini.

Kapal persiaran mega buatan China selesai jalani percubaan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Saravanan Akan Di Panggil SPRM

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker