Pekong PN Semakin Terdedah Menjelang PN

Pekong PN Semakin Terdedah Menjelang PN

Pekong PN Semakin Terdedah Menjelang PN

Semakin pilihanraya di 6 buah negeri hampir, pemimpin Perikatan Nasional (PN) kini semakin dihimpit kebimbangan dan ketakutan yang belum pernah mereka alami sebelum ini.

Satu demi satu pekong yang selama ini mereka sembunyikan dari rakyat kini sudah hampir sepenuhnya terdedah.

Slogan PN Best, cantuman dari perkataan Bersih dan Stabil kini mula sudah ditertawakan oleh orang ramai.

Mendakwa parti mereka bersih, tetapi hakikatnya, ramai pemimpin parti mereka terpalit dengan dakwaan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.



Pemimpin utama PN, Muhyiddin Yasin sendiri sudah menjadi kluster mahkamah yang melibatkan penyelewengan ratusan juta ringgit duit rakyat.

Hadi Awang dan beberapa pemimpin PAS sudah diheret ke mahkamah kerana dakwaan merasuah pengundi.

Terbongkar juga bagaimana Hadi Awang telah dilarang untuk memasuki Arab Saudi kerana dikaitkan dengan aktiviti pengganas.

Tidak cukup dengan itu, menteri besar Kedah, Terengganu dan Kelantan juga dikaitkan dengan rompakan hasil negeri.



Malah juga dikaitkan dengan salah guna kuasa menjual tanah dengan harga di bawah pasaran dan kini sedang menunggu panggilan dari SPRM.

Dari sudut akhlak pula, ada pemimpin PAS yang kononnya mengamalkan kepimpinan ulamak dikaitkan dengan dakwaan menggantung isteri tidak bertali.

Menteri Besar Kedah pula sudah didakwa dengan perbuatan menghina Institusi Raja Raja Melayu.

PN Ibarat Retak Menanti Belah

Manakala kerjasama antara parti di dalam PN pula dilihat semakin merapuh.

Kemarahan Muhyiddin terhadap pemimpin PAS kerana membawa masuk Dr Mahathir sudah tidak dapat disembunyikan lagi.

Benar, akhirnya Muhyiddin juga dilihat melutut kepada Dr Mahathir yang sudah berulang kali menipu beliau.

Tetapi ikhlaskah beliau?

Kemarahan PAS terhadap Gerakan dilihat sudah tidak dapat dibendung lagi.

Dan Muhyiddin dilihat seolah-olah mengambil sikap berkecuali.

Mungkinkah Muhyiddin mahu membalas dendam kepada PAS?

Akhirnya presiden Gerakan, Dominic Lau dihalau dari mengikuti ceramah PAS atas alasan tidak dijemput.

Kini sedang berhadapan dengan keadaan ‘do’ or die’ dalam PRN 6 negeri.

PN dilihat akan semakin ditolak selepas PRN 6 negeri ini sekiranya kalah, apa lagi apabila seorang demi seorang pemimpin mereka diheret ke mahkamah.

 

Pekong PN Semakin Terdedah Menjelang PN

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker