Jepun lancar roket H2A bawa pendarat bulan

Jepun lancar roket H2A bawa pendarat bulan

Jepun lancar roket H2A bawa pendarat bulan
ROKET H2A itu berlepas dari Pusat Angkasa Tanegashima di wilayah barat daya Kagoshima pada 8.42 pagi waktu tempatan. FOTO AFP

Tokyo: Jepun melancarkan roket H2A pada Khamis yang membawa pendarat bulan, dalam usaha negara itu menjayakan pendaratan pertamanya ke bulan selepas tiga penangguhan dalam seminggu pada bulan lalu akibat cuaca buruk, lapor Xinhua.

Agensi Penerokaan Aeroangkasa Jepun (JAXA) berkata roket itu berlepas dari Pusat Angkasa Tanegashima di wilayah barat daya Kagoshima pada 8.42 pagi waktu tempatan.

Roket itu membawa Smart Lander JAXA untuk Menyiasat Bulan atau SLIM yang tugasnya, termasuk menunjukkan teknik pendaratan yang tepat dan memeriksa batu-batuan di bulan.



Pendaratan bulan SLIM dijadualkan pada awal tahun depan. Jika misi itu berjaya, Jepun akan menjadi negara kelima di dunia yang menghantar pendarat ke bulan.

Roket buatan tempatan itu juga membawa Misi Pengimejan dan Spektroskopi X-Ray atau XRISM untuk memerhati plasma dalam bintang dan galaksi.

Ia adalah pelancaran pertama roket besar Jepun sejak pelancaran sulung roket H3 generasi akan datang yang gagal pada Mac.

Jepun lancar roket H2A bawa pendarat bulan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Pakar Mula Persoalkan Keikhlasan Pemimpin UMNO Untuk Bebaskan Najib

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker