Tetak abang guna parang

Oleh – Syeikh Baran


Tetak abang guna parang

Tindakan seorang kelindan lori mencederakan abangnya menggunakan parang selepas bertengkar berkaitan masalah kewangan mengundang padah apabila ditahan di Bandar Baru Ampang, di sini, semalam.

 

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, kejadian yang berlaku pada pukul 9.14 pagi itu diterima selepas orang awam mendengar pergaduhan dua beradik tersebut.

“Siasatan awal mendapati mangsa yang berusia 25 tahun telah bertengkar dengan adiknya berusia 20 tahun. Tidak lama kemudian, suspek bertindak mengambil sebilah parang dan melibas ke arah kaki mangsa.

“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Ampang dan pegawai perubatan mengesahkan mangsa mengalami kecederaan ‘luka torehan dalam di atas betis kanan dan luka torehan di atas siku kanan’,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan kejadian itu, Mohd Azam berkata, pihaknya berjaya menangkap suspek yang bekerja sebagai kelindan lori pada pukul 9.50 malam di kawasan Bandar Baru Ampang, di sini, semalam.

Kata beliau, turut dirampas sebilah pisau berukuran 30 centimeter (cm) bagi membantu siasatan.

“Hasil ujian air kencing terhadap suspek negatif sebarang dadah namun semakan lanjut mendapati terdapat dua rekod lampau kesalahan jenayah.

Mohd Azam berkata, motif kejadian berpunca daripada masalah kewangan sehingga suspek bertindak mengambil sebilah parang dan melibas ke arah kaki mangsa.

“Permohonan reman suspek akan dibuat hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan merujuk kepada dengan sengaja mendatangkan kecederaan,” katanya.

Sum ber – KOSMO! ONLINE.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker