Agong kurnia sumbangan kepada asnaf terjejas banjir Baling

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan sumbangan peribadi kepada keluarga asnaf di Kampung Iboi, Baling, Kedah, yang terkesan akibat bencana banjir, baru-baru ini.

Istana Negara menerusi perkongsian di laman Facebook rasminya memaklumkan, sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Sulit Kanan baginda Kol (B) Datuk Nazim Mohd Alim, semalam.

“Seri Paduka menzahirkan harapan semoga kurniaan baginda itu dapat membantu mengurangkan beban mereka,” menurut kenyataan itu.

Seri Paduka turut bertitah, Pasukan Bantuan Bencana Istana Negara yang diketuai Juruiring Tentera Udara baginda, Brig Jen Datuk Mohamed Zahari Yahya, untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir yang terkesan.

Kejadian banjir dan fenomena kepala air pada 4 Julai lalu mengorbankan tiga nyawa, selain menjejaskan 41 kawasan di daerah itu.

BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker