PH Mengecewakan Rakyat, Perubahan Yang Diharap Sekadar Satu harapan – Shahril
KUALA LUMPUR, 15 Mei – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan berkata sokongan rakyat kepada Pakatan Harapan (PH) pada suatu ketika dulu adalah sebagai satu reversal yang cukup ketara dan drastik secara objektifnya.
Jelas beliau, kegembiraan rakyat begitu seronok hanya sementara apabila Barisan Nasional (BN) telah tewas pada Pilihan Raya Umum (PRU) dan mengharapkan kerajaan baru membuat perubahan yang diuar-uarkan semasa kempen PRU.
Namun katanya, siapa sangka kejatuhan PH kini disebabkan kerakusan, ketamakan dan kebobrokan kepimpinannya sendiri walaupun suatu ketika dulu mereka berjaya menghasut rakyat dengan begitu pantas.
“Siapa sangka semangat mendadak pro PH ketika itu yang tengah ‘honey-moon’ telah digantikan dengan perasaan muak, marah seolah-olah dirasai BN yang membina selama 60 tahun pentadbirannya, malah PH hanya mencapai ‘level’ selama setahun setengah untuk mencapai apa yang diingininya.
“Gambaran yang diberikan oleh PH adalah hitam dan putih dengan perbandingan pada ketika itu adalah BN jahat, PH baik… jadi itulah ‘mindset’ yang dipromosikan pada waktu ketika itu. Apabila PH menang, sentimen hitam putih itu disambung iaitu memberikan satu harapan yang cukup menggunung kepada rakyat dan harapan itu secara cepat telah dikecewakan oleh PH,” katanya.
Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO berkata demikian dalam wacana bertajuk ‘21 bulan kerajaan Pakatan Harapan memerintah: Satu harapan atau sekadar mimpi? bersama Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad yang disiarkan secara langsung di Youtube, hari ini.
Kata Shahril lagi, dalam janji-janji yang dicanangkan dalam manifestonya, hal ekonomi seperti GST ditunaikan tetapi PH tidak dapat menunaikan janji-janji yang menjadi tumpuan rakyat.
“Janji-janji yang menjadi tumpuan rakyat seperti PTPTN tidak ditunaikan, gaji minima, peluang pekerjaan, tol yang hendak dihapuskan tetapi dilanjutkan dalam konsesinya. Ini telah dimasukkan dalam ‘mind set’ pemikiran rakyat ketika PRU lalu. Rakyat merasa kecewa kerana apa yang diingininya tidak berlaku.
“Kegagalan inspirasi rakyat yang PH buat dengan memberi harapan dan disertai satu taktik yang kerap diberikan alasan bahawa tidak boleh buat janji-janji ini disebabkan legasi hutang kerajaanBN…dan ternyata stategi itu gagal.”
Pada ketika itu katanya, bekas Menteri Kewangan mencanang kepada seluruh dunia mengatakan hutang negara sebanyak 1 trilion dan bagaimana PH hendak menunaikannya.
“PH memberikan gambaran bahawa Malaysia cukup teruk dan sebab itu kerajaan tidak boleh menunaikan janji, sebab itu kegagalan menunaikan janji ekonomi disertai dengan gambaran-gambaran dan alasan-alasan yang tidak boleh diterima oleh rakyat… ini memburukkan keadaan dan kekecewaan berlaku dengan drastik.
“Kekecewaan rakyat adalah jelas berpunca dari janji yang menggunung, dihitamkan sangat BN akhirnya bila rakyat menilai kedua-duanya mereka mendapati bahawa PH tidak dapat menunaikan aspirasi yang telah dijual kepada rakyat,” tegasnya lagi. – UMNO Online