Andalusia sasar urus 80,000 jemaah umrah tahun ini

Andalusia sasar urus 80,000 jemaah umrah tahun ini

Andalusia sasar urus 80,000 jemaah umrah tahun ini
Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd Datuk Md Daud Che Ngah (kiri sekali) bersama Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi Hong Leong Bank, Zalman Zainal (kanan sekali) menyaksikan Pegawai Eksekutif Hong Leong Islamic Bank, Dafinah Ahmed Hilmi bersama Pengarah merangkap Penasihat Undang-Undang Andalusia Travel, Ida Riswana Idris menandatangani memoradum persefahaman di antara Hong Leong Islamic Bank dan Andalusia. – FOTO NSTP/Hazreen Mohamad

Kuala Lumpur: Pengendali pakej ibadah haji dan umrah, Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia) menyasarkan menguruskan 80,000 jemaah umrah tahun ini.

Pengarah merangkap Penasihat Undang-undang Andalusia, Ida Riswana Idris berkata, pihaknya yakin mampu mencapai sasaran itu menerusi kolaborasi dengan Hong Leong Islamic Bank (HLISB) dalam menyediakan pembiayaan mudah secara digital dan patuh syariah kepada umat Islam yang berhasrat menunaikan umrah dan haji.

“Kami yakin pembiayaan berdasarkan Murabahah Tawarruq ini berlandaskan kepada hukum maqasid Syariah dan diharuskan syarak bagi membolehkan seramai mungkin umat Islam menunaikan fardu haji dan umrah.



“Bagi memudahkan kolaborasi antara Andalusia dengan HLISB, orang ramai termasuk jemaah Andalusia boleh mula memohon pembiayaan pakej umrah dengan pembayaran ansuran mudah tidak lama lagi.

“Sejajar dengan menandatangani MoU ini, Andalusia akan terus komited mengekalkan dan menambahbaik mutu perkhidmatan kami kepada jemaah umrah yang dianggarkan akan bertambah sehingga mencecah 80,000 orang setahun pada musim umrah 1446H nanti, insya-Allah,” katanya sempena Majlis Menandatangani Momorandum Persefahaman (MoU) antara Andalusia dan HLISB di sini, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sah! Semua akan bertukar esok, rakyat perlu bersedia




Turut hadir, Pengerusi Eksekutif Andalusia, Datuk Md Daud Che Ngah serta Pengerusi Lembaga HLISB, Datuk Seri Dr Hamzah Md Kassim.

Melalui kerjasama ini, HLISB akan melengkapkan pakej umrah dan haji Andalusia dengan menawarkan rangkaian produk perbankan Islam komprehensif dan patuh syariah khususnya Pembiayaan Peribadi-i dan Akaun Pay & Save-i.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif HLISB, Dafinah Ahmed Hilmi menekankan komitmen mereka membentuk penyelesaian kewangan yang memenuhi keperluan gaya hidup khusus pelanggan Islamnya.



“Sebagai institusi kewangan Islam yang mengutamakan hasrat dan keperluan pelanggan, kami menyediakan pelbagai produk dan perkhidmatan patuh Syariah yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan kami.

“Kami sentiasa berusaha untuk mengembangkan perkhidmatan dan produk kami dan kali ini kami ingin membantu mereka yang sudah lama ingin menunaikan umrah dan haji.

“Dengan gabungan produk kewangan kami dan pengalaman Andalusia lebih 20 tahun dalam industri pelancongan, kami yakin kerjasama strategik ini akan membawa impak yang positif kepada banyak pihak,” katanya.

Andalusia sasar urus 80,000 jemaah umrah tahun ini


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mungkin Ada Sinar Bila Keputusan Representasi Kes Rosmah Mansor Di Tangguh Lagi



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button