Sabah kuasa X-Rugby B-17

Kuala Lumpur: Skuad ragbi wanita Sabah yang dikendalikan jurulatihnya, Jeospine bergelar juara Kejohanan X-Rugby Wanita Bawah 17 Tahun Peringkat Kebangsaan selepas menewaskan skuad Kulai 17-15.

Kejohanan itu dianjurkan julung kalinya oleh Program Pembangunan Ragbi Negara (NRDP) dengan kerjasama Sekretariat Sukan Wanita, Majlis Sukan Negara (MSN) serta Malaysia Rugby (MR) dan berlangsung pada 19 dan 20 Oktober lalu.

Ia juga kejohanan kebangsaan wanita remaja yang membabitkan Pusat Latihan Daerah dari seluruh negara termasuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Menurut Pengurus Besar NRDP, Khairul Anuar Azmi, objektif utama penganjuran program itu sebagai platform utama kepada pemain remaja wanita sebelum ke peringkat seterusnya.

“Penganjuran ini bertujuan memantapkan mutu pembangunan sukan ragbi wanita dan dalam usaha menjadikan ragbi sebagai sukan utama di Malaysia.

“Pemilihan pemain kebangsaan bagi Kejohanan Asia Ragbi Bawah 18 Tahun yang akan diadakan di Nepal pada 20 Disember depan turut diadakan melalui kejohanan ini,” katanya.

Kejohanan X-Rugby Wanita Bawah 17 Tahun Peringkat Kebangsaan kali ini mengumpulkan seramai 240 pemain dan pegawai terdiri daripada 16 pasukan dari seluruh negara.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker