Fizi Ali Dikecam Kerana Tayang Isteri Di Media Sosial!

Netizen Tampil “Back Up”

Fizi Ali Dikecam Kerana Tayang Isteri Di Media Sosial!

 Fizi Ali Dikecam Kerana Tayang Isteri Di Media Sosial!

Terdahulu, Fizi Ali mengumumkan perkahwinannya dengan Siti Zulaikha, yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan pada 23 Oktober tahun lalu.

Siti Zulaikha Mengembalikan Kebahagian

 Fizi Ali Dikecam Kerana Tayang Isteri Di Media Sosial!
via Instagram Fizi Ali

Fizi turut mengakui perkahwinan kali keduanya dengan Siti Zulaikha mengembalikan semula kebahagiaan dalam hidupnya.

Menurut Harian Metro, Fizi berkata sejak bercerai, hidupnya ibarat terumbang-ambing dan menangis hampir setiap hari kerana merindui anaknya, Nurul Ameena Sofia.

Terbaru Fizi ada memuat naik satu hantaran gambar bersama isterinya itu dengan meletakkan ‘caption’ yang ‘sweet’ di halaman Instagram miliknya.

Oh, bulan, hanya dirimu
Yang menyaksikan segalanya
Oh, bulan, tolonglah daku
Katakan padanya, ku cinta dia

Dalam gambar tersebut, dari senyuman yang ditonjolkan, jelas menunjukkan kegembiraan yang terpancar dimuka kedua-dua pasangan ini.

Individu Meninggalkan Komen Negatif

 Fizi Ali Dikecam Kerana Tayang Isteri Di Media Sosial!
via Instagram Fizi Ali

Tetapi dalam pada Fizi berkongsikan gambar itu, ada sesetengah netizen yang seolah-olah memberikan kata-kata negatif dan turut menulis beberapa komen yang tidak elok kepada pasangan ini.

Benda baru. Memang la semua wangi. Tak perlu tayang sangat sayang awak tu.

Tak suka isteri baru dia ni. Jauh nampaj Kila lagi bagus.

Nanti cerai keluar pula kebusukkan dia. Tunggu dan lihat.

Komen negatif yang ditinggalkan oleh sesetengah individu mendapat perhatian dari kalangan netizen sendiri.

Netizen Tampil ‘Back Up’ Fizi Ali

 Fizi Ali Dikecam Kerana Tayang Isteri Di Media Sosial!
via Instagram Fizi Ali

Sebahagian dari netizen turut tampil ‘back up’ Fizi Ali dengan menyelar kembali tindakan individu yang meninggalkan komen negatif terhadap hantaran gambar tersebut.

Ramai betul yang marah. IG beliau, suka hati beliau laa. .. Kalut marah kat orangg post gambar laki bini. Haish.

Sudah-sudah la netizen. Move on la. Tak payah bandingkan.

Sibuk bandingkan orang. Yang ciptakan tu Allah, duk hina kejadian Allah tu makna hina kejadian Allah…. Macam melampau pula diorang ni.

Sebenarnya betul la tu, tak perlu pun pergi dekat Instagram orang hanya untuk meninggalkan kecaman. Kalau tak suka, jangan tengok, tak perlu ‘follow’. Jagalah kesihatan mental dan hati masing-masing.

Fizi Ali Dikecam Kerana Tayang Isteri Di Media Sosial!

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mahathir cabar Anwar adakan PRU, petanda tidak cukup jumlah

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker