Larangan guna Internet di India dilanjutkan

Larangan guna Internet di India dilanjutkan

Larangan guna Internet di India dilanjutkan
Larangan guna Internet di India dilanjutkan

New Delhi: Larangan sementara perkhidmatan Internet di kawasan yang dilanda keganasan di negeri Haryana di utara India dilanjutkan sehingga 5 Ogos, menurut arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri pada Rabu, lapor Xinhua.

Kawasan yang terlibat termasuk Nuh, Faridabad, Palwal, Sohna, Pataudi dan Manesar.

Larangan itu, khususnya telefon bimbit, dilaksanakan bagi menghentikan penyebaran maklumat salah dan khabar angin.



Menurut arahan kerajaan itu, hanya panggilan suara dibenarkan.

Enam orang, termasuk dua anggota keselamatan maut dalam keganasan yang tercetus antara dua komuniti di daerah Nuh pada 31 Julai.

Dalam keganasan yang berlaku selama beberapa jam itu, lebih 100 kenderaan, termasuk kereta persendirian, dibakar oleh perusuh.

Perusuh turut melontar batu dan melepaskan tembakan.



Sejak tiga hari lepas, lebih 40 aduan polis dibuat dan polis menahan 116 orang.

Polis sedang mengesan perusuh, terutama mereka yang melepaskan tembakan.

Larangan guna Internet di India dilanjutkan

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Rupanya Masih Ada Penyokong DS Najib Yang Mahu Beliau Terus Kekal Dalam Penjara



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button