“SELAMAT TINGGAL PARTI KEADILAN” – WANITA PKR KEDAH DEDAH PEKUNG PIMPINAN PH

Ketua Wanita PKR Langkawi Dedah Kepincangan Sebenar PH

Noor Hashimah Abu Hashim atau dikenali sebagai ‘Mama Shima’ meninggalkan Parti Keadilan Rakyat Cabang Langkawi tidaklah mengejutkan sama sekali. Beliau yang juga merupakan Timbalan Ketua Wanita Keadilan Kedah bertindak demikian ekoran krisis pimpinan tertinggi parti itu.

HASHIMAH mendedahkan pemimpin PKR kini semakin tersasar dari matlamat perjuangan asal parti yang berusia 21 tahun itu. Menurut Hashimah lagi, pemimpin PKR kini hanya mementingkan agenda peribadi dan jawatan tanpa mempedulikan suara akar umbi parti selepas kepimpinan diambil alih oleh Presiden PKR yang baru.



Punca Sebenar Kejatuhan PH

Semua rakyat tahu penubuhan PKR pada 1999 selepas pemecatan Anwar Ibrahim oleh Dr Mahathir mahu memperjuangkan apa yang sering disebut Anwar sebagai ‘Reformasi’ dan mahu menumbangkan ‘Mamak Bendahara’ ketika itu. Kontroversi pemecatan Anwar telah membawa satu titik hitam apabila Anwar pada masa tersebut mengheret ribuan pengikutnya ke jalanan serta mengecam Dr Mahathir yang mendakwa Anwar tidak layak untuk diangkat sebagai Perdana Menteri ekoran salah laku seksual luar tabie. Tentu ramai masih ingat adegan mengusung tilam dari lori ke Mahkamah untuk dijadikan bahan bukti selain dakwaan Anwar diracuni Arsenik.

Mahathir Sendiri Letak Jawatan



Masa mengubah manusia dan terbukti akhirnya Anwar tunduk kepada Mahathir selepas Pakatan Harapan menang Pru14 dan Anwar pula menang Prk Port Dickson. Ternyata nafsu politik Anwar untuk menjadi orang nombor 1 belum pernah padam. Biarpun dalam PH, kerjasama erat PKR, PPBM, DAP dan AMANAH seakan berjalan lancar, gerakan memgangkat Anwar tidak berhenti dan ini membawa kepada krisis dalaman PH. Mahathir yang menyangka beliau masih mempunyai sentuhan ajaib memilih meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri kononnya sudah tidak tahan dengan tekanan sekaligus menyebabkan konflik dalaman PPBM mula terserlah. Muhyiddin selaku Presiden PPBM bertindak menarik sokongan terhadap PH, diikuti Azmin Ali dan beberapa pimpinan tertinggi PKR keluar parti meruntuhkan Kerajaan Pakatan Harapan yang berkuasa di Putrajaya selama 21 bulan.

Apa yang disampaikan oleh Hashimah sebenarnya menyerlahkan sikap sebenar PH yang saling berebut kuasa selama 21 bulan tanpa pedulikan rakyat. Mereka lebih seronok mempamerkan kekuatan serta sokongan masing-masing bagi kelangsungan peribadi dan Tun M juga tidak terkecuali bermain polemik murahan. Jelas sekali agenda peribadi perseteruan Mahathir – Anwar masih belum padam sejak 1999 dan ini tidak disenangi kalangan penyokong PH serta pengundi PH yang berasa terpedaya dengan retorik politik Pakatan Harapan.

TSUNAMI KRISIS KEDAH

Krisis kepercayaan yang melanda Mukhriz Mahathir seperti melengkapkan jalan cerita perseteruan PPBM Kedah dan PKR Kedah wujud selama ini. 2 Adun PKR yang mengambil keputusan tidak berpihak kepada Mukhriz merupakan kemuncak krisis politik PH Kedah. Ternyata perebutan kuasa antara Anwar dan Mahathir merupakan punca segala permasalahan PH dan menjadi sebab Mukhriz hilang sokongan di Kedah. Rakyat dan pengundi yang semakin sedar mereka hanya dijadikan sandaran oleh PH untuk kuasa sudah mulai bersuara. Bermula di Cameron Highlands dan yang terakhir di Kimanis, penolakan pengundi terhadap PH semakin kuat di tambah dengan Blok kerjasama antara BN dan PAS dikenali sebagai Muafakat Nasional telah menjadi ‘mimpi ngeri’ buat Pakatan Harapan.



Sudah sampai masanya bukan sahaja Hashimah mengucapkan selamat tinggal kepada PKR tetapi rakyat akan turut sama mengucapkan selamat tinggal kepada Pakatan Harapan pada PRU15 kelak. Jangan jadikan rakyat ‘tebusan politik’ untuk mencapai agenda tersendiri dan kepentingan parti hingga lupa kuasa sebenar berada di tangan rakyat.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button