The ‘smooth operators’ of Team PM 8,

1. Secara peribadi saya melihat team pm 8 sbgai satu team yg cukup ampuh berbanding team PM Tepi dan PM Atok.

2. Mereka adalah saingan kpd Team PM Bossku, kerana gerak kerja mereka sangat licik dan umpama ‘smooth operator’.

3. Sbgai cth Cuba kita tengok dan baca siaran media daripada pm8, penggunaan bahasa rakyat yang santai, mencuit hati rakyat dengan perkara-perkara yang menjadi viral spt ‘ kesana kesini’ dan penggunaan nama ‘makcik kiah’ dan ‘pakcik Salleh’ yang begitu dekat dengan kelompok sasaran B40 dn M 40, yang ramai mempunyai panggilan kedua-dua nama tersebut.

4. Mengambil hati kaum wanita begitu penting, maka di sebut pula grup ‘masak apa tak jadi hari ini’. Ini satu statement yang bijak walau sebaris, kerana sokongan wanita adalah jentera penentu kemenangan bagi sesebuah parti politik, terutama parti politik di Malaysia sejak zaman berzaman. Tak lupa juga mngambil hati kaum bapa dengan kisah ‘baju kelawar’.



5. Untuk mengambil hati masyarakat majmuk,terutamanya kaum india yang menyokong kedaulatan undang-undang dan Perlembagaan Negara, maka seorang youtuber berbangsa India yang viral, fasih berbahasa Melayu dan jenis biasa-biasa shj telah di santuni oleh PM 8 dengan sumbangan2 berbentuk periuk memasak dan lain-lain perkaksan rumah lagi. Ini satu ‘publicity stunt’ yang sangat baik, selain ia merapatkan jurang antara kaum, dan ‘menepis’ anggapan SEMUA kaum india dn non malays sokong Dap dan tiada kepandaian berbahasa.

6. Dan tidak di lupakan, pembuka kata yg di mulakan dengan salam dn Bismillah, serta di akhiri dengan doa. Ia amat terkesan di hati pakcik-pakcik, makcik-makcik, uncle-uncle dan aunty-aunty. Orang tua mana yang tidak sejuk hati apabila seorang ‘pemimpin negara’ mendoakan kesejahteraan rakyatnya.

7. Perkara yang penting, yang mungkin ramai yang terlepas pandang, Team pm8, tidak diketahui siapa orangnya, kecuali tuan penulis skrip ucapan, adalah di ‘highlight’, namun ahli team lain, memang bijak berada di sebalik tirai, dan sentiasa mempromosikan pm8 sbgai ‘The Best’ pm dengan cara yang sangat halus. Bab ini perlu beri mereka A++ kerana gerak kerja sangat ‘classy’ dan very smooth, sehingga rakyat tak perasan pun ia satu bentuk ‘propaganda’ mengangkat imej pm8.

8 Jika dilihat dari sudut yang positif, ia adalah bagus, di kala negara di landa wabak covid-19 dan Si PM Tepi serta Si PM Atok sibuk nak jadi PM 9, watak pm8 diangkat ‘setara’ dengan PM bossku, agar terdapatnya dua WATAK POLITIK yang mampu menyaingi kedua watak pertama yang selama ini banyak membuat onar, dan mnyebabkan negara dan rakyat berantakan.



9. Sudut Negatif? Dah tentu ada, tetapi biarlah Team-team pemimpin-pemimpin kedua-dua paksi politik fikirkan. Cukuplah saya sudah memberikan sisi positif.

Remember, in Love n Politic, there is NO SECOND PLACE, and so as in War.

Emma Harith



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button