ACC 2023: Trio pecut tekad cipta kejutan

ACC 2023: Trio pecut tekad cipta kejutan

ACC 2023: Trio pecut tekad cipta kejutan
Skuad berbasikal trek negara menjalani latihan di Velodrom Nasional hari ini sebagai persiapan akhir menjelang Kejohanan Lumba Basikal Trek Asia 2023 (ACC 2023). – BERNAMA

NILAI: Trio pecut berpasukan negara dianggotai Mohd Fadhil Mohd Zonis, Muhammad Ridwan Sahrom dan Umar Hasbullah tekad mencipta kejutan di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023 meskipun baharu digandingkan untuk saingan berkenaan.

Muhammad Ridwan berkata, beliau optimis gandingan baharu itu mampu merebut pingat emas demi melunaskan misi membalas dendam gagal memperoleh tempat pertama edisi tahun lepas, meskipun Umar baru sahaja menyertai pasukan elit.

“ACC tahun lepas kami di tempat kedua, tapi berbeza kali ini, saya, Fadhil dan Umar akan pastikan tahun ini menjadi yang lebih baik dari sebelum ini.



“Kami cuma nak fokus kepada laluan yang betul dan tak nak terlalu tertekan…Keserasian gandingan baharu, tak ada masalah apa-apa, saya pun berada dalam keadaan yang baik,” katanya kepada pemberita pada sesi latihan hari pertama ACC 2023 di Velodrom Nasional, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Fadhil berkata jaguh negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan Shah Firdaus tidak beraksi dalam acara berkenaan kerana memberi peluang kepada skuad pecut berpasukan mengumpul mata kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kenapa pembekuan akaun Kroni Tun Mahathir tidak dilaporkan meluas oleh media tempatan?




Beliau, yang bakal mengetuai trio itu, berkata skuadnya perlu memastikan kedudukan di podium pada ACC untuk memungut mata tertinggi sepanjang kelayakan ke temasya berprestij terbabit.

“Kami memang perlu pulun untuk semangat berpasukan, tapi acara ini memang sukar nak rebut, pesaing negara lain hebat-hebat dan dah sertai Piala Negara-Negara sebelum ini, tapi saya yakin pasukan saya boleh beri saingan terbaik,” katanya.

Sebanyak 17 negara termasuk Malaysia mengesahkan penyertaan pada perlumbaan berprestij yang bakal diadakan di Velodrom Nasional, di sini, bermula Rabu hingga Isnin depan.

Sementara itu, Naib Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Amarjit Singh Gill menaruh harapan kepada Azizulhasni dan Shah Firdaus untuk memanfaatkan peluang beraksi di tempat sendiri bagi berada di kedudukan podium pada ACC 2023.



“Berbekalkan sokongan penyokong tempatan, saya yakin Azizulhasni dan Shah Firdaus mampu merealisasikan sasaran yang ditetapkan oleh ketua jurulatih (John Beasley) pada kejohanan kali ini.

“Apatah lagi, Azizulhasni sendiri menyatakan impiannya untuk mencipta legasi pada ACC kali ini. Jadi ini peluang terbaiknya untuk memahat sejarah baharu selain memburu tempat ke Sukan Olimpik Paris,” katanya. – BERNAMA

ACC 2023: Trio pecut tekad cipta kejutan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kenapa pembekuan akaun Kroni Tun Mahathir tidak dilaporkan meluas oleh media tempatan?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button