Adira & Emma Suhaimi: Tak Menang Tak Apa, Kami Sudah All Out

Adira & Emma Suhaimi: Tak Menang Tak Apa, Kami Sudah All Out

Adira & Emma Suhaimi: Tak Menang Tak Apa, Kami Sudah All Out  [VIDEO]
Adira & Emma Suhaimi: Tak Menang Tak Apa, Kami Sudah All Out [VIDEO]
Pasangan duo adik beradik, Adira dan Emma Suhaimi tetap berpuas hati dengan persembahan mereka malam tadi di pentas final Famili Duo musim ketiga walaupun tidak berjaya merangkul gelaran juara.

Adira, Emma berpuas hati

 

Adira & Emma Suhaimi: Tak Menang Tak Apa, Kami Sudah All Out  [VIDEO]

Ketika ditemui OhBulan! Adira dan Emma berkata mereka sama sekali tidak menyangka dapat menembusi ke peringkat akhir pentas Famili Duo dan bersyukur menjadi finalis.

Tak menang tak apa sebab kami dah memang ‘all out’. Setiap apa yang kami plan untuk hari ini, kami keluarkan sahaja. Itu adalah tanggungjawab kami.

Selama lapan minggu kami berada di pentas, banyak benda kami belajar dan sudah banyak benda kami cuba. Tak menang tak apa tapi kami puas.

Difahamkan di media sosial, rata-rata warganet memuji vokal adik beradik ini malah ia juga mencuri perhatian pihak juri pada pusingan pertama.

Namun, persembahan pusingan kedua Adira dan Emma yang membawa lagu Pelesit Kota (Search) dilihat kurang memuaskan tetapi mereka tetap mengambil kritikan juri sebagai satu pengajaran.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Samsuri akan lepaskan jawatan Menteri Besar Terengganu?

Adat pertandingan memang begitu. Tiada sedikit pun terlintas di hati terasa dengan juri, kalau kami nak terasa dari awal lagi.

Bila dah masuk dalam Famili Duo kami sudah buka ruang untuk dikritik, jadi kami sangat berlapang dada.

Adira dan Emma berkata demikian seusai selesai rancangan Famili Duo 3 yang berlangsung di Studio NTV7, Glenmarie Shah Alam pada malam Ahad.

Dalam pada itu, penyanyi berasal dari Sabah ini mengakui pentas Famili Duo merupakan platform terbaik untuk Emma mengetengahkan bakatnya dalam bidang nyanyian.

Emma memang aktif menyanyi cuma tidak menonjol di televisyen, sebab kurang penglibatan. Jadi Famili Duo memang banyak bagi ‘exposer’ untuk dia.

Sekadar info, Sharif dan Syaiful dinobat sebagai juara Famili Duo musim ketiga dan berjaya membawa pulang trofi serta wang tunai sebanyak RM100,000.

Pasangan tersebut mendapat markah keseluruhan sebanyak 81 peratus sekali gus menewaskan duo Adira dan Emma Suhaimi yang memperoleh 60.6 peratus serta Haqiem Rusli dan Ariff Bahran sebanyak 58.3 peratus.

Famili Duo 3 dihoskan oleh Izzue Islam dan Janna Nick, Famili Duo 2023 dibawakan khas oleh penaja utama OGAWA, penaja bersama Elegant Cosmetics, dan rakan penaja Centrum Multivitamin.

Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan! dan XTRA sebagai Famili Digital, serta Hot FM sebagai Famili Radio.

Adira & Emma Suhaimi: Tak Menang Tak Apa, Kami Sudah All Out

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Pengampunan Najib: Siapa Tipu Siapa?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker