Wartawan Syed Fawad di penjara Adiala

Wartawan Syed Fawad di penjara Adiala

Wartawan Syed Fawad di penjara Adiala
Isteri Syed Fawad, Syeda pergi ke penjara itu pada 8 Februari lalu dan mengesahkan keberadaan suaminya.

KUALA LUMPUR: Wartawan warga Pakistan, Syed Fawad Ali Shah, yang didakwa hilang sebelum ini disahkan berada di penjara Adiala, di negara asalnya sejak 8 Februari lalu.

Syed Fawad didakwa ditempatkan di penjara itu kerana laporan penyiasatan dan pendedahan kes rasuah serta kehilangan orang yang berlaku di Pakistan.

Peguam bela Syed Fawad, P Waytha Moorthy, berkata bahagian perisikan Pakistan menghubungi abang Syed Fawad pada 7 Februari lalu, bahawa wartawan itu akan dipindahkan ke penjara berkenaan keesokannya.



Beliau yang juga Presiden Parti Kemajuan Malaysia (MAP) berkata, isteri Syed Fawad dikenali sebagai Syeda pergi ke penjara itu pada 8 Februari lalu dan mengesahkan keberadaan suaminya.

“Kami tiada maklumat Syed Fawad dibawa dari mana. Dia kemungkinan ditempatkan di sebuah bilik gelap bawah tanah sebelum dipindahkan ke penjara itu.

“Berita baiknya Syed Fawad masih hidup walaupun dikatakan ada masalah kulit, selain kesan calar dan lebam yang tidak diketahui puncanya. Peguam dari negara itu dikenali Imaan Hazir sedang menguruskan isu jaminan Syed Fawad.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Yang saya tahu setakat ini, Syed Fawad tidak didakwa lagi dan hanya ada laporan maklumat pertama (FIR) merujuk kepada maklumat awal berkaitan kesalahan yang diberikan kepada polis,” katanya pada BH, hari ini.



Bulan lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 20 Mac ini untuk mendengar permohonan habeas corpus atau penahanan salah yang dikemukakan isteri Syed Fawad selepas dilaporkan hilang sejak 23 Ogos tahun lalu.

Syed Fawad berada dalam buangan di Malaysia selama lebih 10 tahun dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, mengesahkan lelaki itu sudah dihantar pulang atas permintaan kerajaan Pakistan.

Menurut Saifuddin, pihak berkuasa Pakistan mendakwa Syed Fawad sebagai bekas anggota polis yang menghadapi tindakan tatatertib walaupun media negara ini menyifatkan dia sebagai wartawan.

Wife of missing Pakistani journalist asks PM to intervene



Wartawan Syed Fawad di penjara Adiala


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Najib akan dapat perbicaraan semula?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button