Langkah bijak satukan Hendrawan, Seu Bock

KUALA LUMPUR: Idea untuk kembali menyatukan Hendrawan dan Datuk Tey Seu Bock bagi membimbing barisan pemain perseorangan lelaki negara disifatkan sebagai langkah yang mampu memberikan impak yang positif.

Bekas Pengarah Prestasi Tinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk James Selvaraj berkata, kombinasi kedua-dua jurulatih berpengalaman itu pastinya akan mendatangkan manfaatkan yang besar buat pemain perseorangan negara.

“Kedua-dua jurulatih mempunyai kepakaran masing-masing. Macam Seu Bock, saya boleh katakan yang dia adalah yang terbaik ketika saya bersama BAM dalam mengendalikan latihan ‘multi shuttel drill’ kepada pemain. Ini akan menjadi tambahan bagi membantu Hendrawan.

“Lagipun, mereka pernah bekerjasama sebelum ini dan saya lihat mudah tiada masalah untuk mereka menyesuaikan diri antara satu sama lain. Kedua-duanya juga sudah tahu kekuatan dan kelemahan masing-masing yang mana ini akan memudahkan lagi untuk mereka merancang program latihan pemain,” kata James kepada BH Sukan.



James puji tindakan BAM satukan semula Hendrawan dan Seu Bock.
James puji tindakan BAM satukan semula Hendrawan dan Seu Bock.

BAM hari ini mengumumkan Hendrawan dan Seu Bock sah kembali disatukan untuk membimbing pemain perseorangan lelaki menerusi penstrukturan semula jurulatih yang dilakukan badan induk berkenaan.

Tempat Seu Bock yang sebelum ini menggalas tugas sebagai ketua jurulatih perseorangan wanita akan diambil alih Indra Wijaya.

Mengulas lanjut, James, berkata beliau menyokong penuh penstrukturan semula jurulatih yang dilakukan BAM kerana yakin badan induk itu membuat keputusan berkenaan demi kebaikan sukan badminton negara.

“Saya memang menyokong perubahan seperti ini kerana ada masanya memang kita perlukan perubahan. Saya percaya setiap perubahan yang dilakukan adalah untuk menjadikan ia lebih baik,” katanya.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button