UMNO DAN HALA TUJU DARI PERSPEKTIF SEORANG DOKTOR

UMNO DARI SUDUT PANDANG ANAK MUDA



Muafakat Nasional (MN) semakin mengukuh dan dekat dihati rakyat dan anak muda, simbol penyatuan yang melangkaui batasan politik kepartian sempit. Beberapa hari lalu, apabila Presiden UMNO dan PAS berkongsi gambar-gambar perbincangan khas kepimpinan tertinggi UMNO dan PAS di pejabat Muafakat Nasional di laman facebook mereka. Puluhan ribu warganet dan netizen memberikan tanda suka, komen positif dan kongsi. Bukti rakyat dambakan kesatuan dan tolak perpecahan.

Rakyat dan anak muda sudah muak dengan politik ‘warlord’, berantakan dan perpecahan. Kepimpinan parti politik perlu prihatin dan peka senario ini. Elak daripada berlakunya keretakan dan berantakan dalaman parti. Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berantakan dan pecah dua, biarkanlah mereka. Tak perlu kita nak sibuk-sibuk, rumah mereka biarkan mereka yang jaga. Rumah kita, siapa yang jaga? Benarkah #kitajagakita, UMNO jaga UMNO, tapi masih tak habis-habis dengan agenda dan gerakan yang amat tidak sihat memecahbelahkan parti”. Pandemik Covid 19 sudah mula reda, muncul Wabak baru dalam UMNO pandemik jatuh menjatuhkan sesama sendiri. Janganlah kerana marahkan nyamuk, kelambu dibakar,” tak dapat jawatan, presiden dipersalahan, kelak menyesal tak sudah, lupakan agenda peribadi kita perkukuhkan parti.



Dahulu dikatakan Ahmad Zahid Hamidi tak ada hala tuju. Menang 5 Pilihanraya kecil (PRK), tumbang kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan UMNO menjadi sebahagian daripada kerajaan, adakah itu bukan hala tuju? Dalam tempoh 22 bulan bermulanya UMNO kembali menjadi sebahagian dari Kerajaan dan berjaya mendapatkan Negeri Johor dan Melaka serta beberapa Exco kerajaan di Negeri Perak dan Kedah. Dalam tempoh 22 bulan Ahmad Zahid Hamidi berjaya bentuk dan perkukuhkan MN itu bukan hala tujukah? Sebagai anak muda, kami teruja dengan gagasan MN, ia bukan sahaja harapan tapi nikmat yang cukup bernilai. Ahmad Zahid Hamidi dan TG Hj Hadi Awang telah buktikan dengan berlapang dada dan berjiwa besar, perkara yang mustahil jadi kenyataan, yang susah jadi mudah.

Pelik tapi benar, apabila masih ada pemimpin UMNO yang tidak nampak itu sebahagian daripada hala tuju UMNO. Saya masih ingat dalam PAU 2019, Ahmad Zahid Hamidi telah gariskan bahawa hala tuju UMNO ialah ‘Kembali menjadi kerajaan’, bukan hanya sebahagian daripada kerajaan. Bantulah presiden bukan bebankan beliau, anak muda sudah meluat dengan politik pencaturan dalaman UMNO dan sikap sesetengah pemimpin UMNO mencari ‘Personal Glory’ melalui agenda peribadi melebihi kepentingan parti.

Jangan lupa Ahmad Zahid Hamidi telah melakukan pembaharuan dan keterbukaan, semasa pemilihan lepas dengan semua jawatan dalam UMNO dibuka dan dipertandingkan termasuk jawatan presiden dan timbalan presiden. Ia merupakan sejarah kerana sejak krisis pada tahun 1988 jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan. Apa yang pasti kemenangan Ahmad Zahid Hamidi adalah sokongan dan dokongan akar umbi. Jika ada usaha-usaha memberikan tekanan supaya presiden berundur ia jelas bertentangan dengan perlembagaan dan tatasusila UMNO. Sebagai presiden, Ahmad Zahid Hamidi pasti mempunyai garis dan batas dalam toleransi dan kompromi.

Ingat! perpecahan UMNO kepada dua pasukan iaitu Team A dan Team B semasa kemuncak krisis pada 1988 telah menyebabkan Umno diharamkan. Jangan terlalu ghairah mengumpulkan tandatangan takut ‘untung secupak, rugi segantang’, lupakanlah hasrat tersebut.

Gandingan Ku Li Dan Najib Wajar Disegani

Malulah sikit kepada Tengku Razaleigh Hamzah selaku Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO dan Najib Razak selaku Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) mereka berjiwa besar dan sanggup membantu Ahmad Zahid Hamidi menyatukan ahli dan pemimpin UMNO serta mengembalikan semula sokongan rakyat kepada UMNO. Mereka faham kepayahan dan keperitan Ahmad Zahid Hamidi mengemudi bahtera yang telah bocor sana-sini, tiang yang condong kiri dan kanan malahan ada yang sudah patah, kain layar yang koyak rabak. Jika mereka berdua sanggup bersama presiden memperkukuhkan dan menyatukan UMNO. Apakah masih ada di kalangan pemimpin UMNO yang sanggup menggadai maruah diri memecah belahkan ahli dan menukar kemudinya?

Mengimbau era Ahmad Zahid Hamidi sebagai Ketua Pemuda Umno Malaysia (1996 hingga 1998) dengan motto ‘Pemuda Pemangkin Gerakan Reformasi’, sebagai langkah pengkaderan beliau telah mengganti biro-biro dalam pemuda Umno dengan nama baharu iaitu `majlis’ bagi meramaikan barisan exco pemuda. Bahkan dalam tempoh 22 bulan di bawah pimpinannya, walaupun tiada jawatan dalam kerajaan, beliau telah melaksanakan 90 program pemuda berskala besar dan sederhana di seluruh negara.



Kembalikan zaman UMNO mendekati anak muda, menyediakan platform untuk anak muda berkarya dalam politik. Saya yakin Ahmad Zahid Hamidi memahami aspirasi anak muda kerana beliau sendiri datang dari akar umbi dan melalui proses pengkaderan pemuda. Kami sedang perhatikan apa yang sedang dilakukan oleh otai-otai politik dalam UMNO, bilakah ketua-ketua bahagian hendak mulakan pengkaderan di bahagian masing-masing? Jangan sampai anak muda menolak UMNO kerana kepincangan yang dilakukan oleh otai-otai UMNO yang berkepentingan.

Hentikan politik berantakan yang merugikan UMNO dan membuatkan anak muda takut mendekati UMNO. Jangan biarkan hanya MN semakin mengukuh dan diterima rakyat kerana kesatuan tetapi rakyat menolak UMNO kerana jelik, mual dengan sikap pentingkan diri dan berantakan sesama sendiri di kalangan pemimpin UMNO.

Akurlah dengan ketentuan Allah SWT, Ahmad Zahid Hamidi sebagai presiden UMNO dan bantulah beliau menyatukan dan memperteguhkan UMNO bukan memperlecehkan. Kuatnya institusi presiden UMNO membuatkan ahli dan rakyat yakin kepada UMNO. Teguhnya Institusi Presiden maka teguhlah Muafakat Nasional. Anak muda akan terus pertahankan MN sebagai tonggak penyatuan rakyat.


Tulisan

DR BADLI SHAH MOHD AMIN
18 Mei 2020

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker