Lelaki dijatuhkan hukuman mati di Singapura melalui Zoom

Seorang lelaki telah dijatuhkan hukuman mati melalui perbicaraan mengunakan aplikasi panggilan video Zoom di Singapura, ketika negara itu masih dalam keadaan PKP berikutan lonjakan kes Covid-19.

Punithan Genasan, 37 tahun, dijatuhkan hukuman mati pada hari Jumaat kerana peranannya dalam pengedaran dadah yang berlaku pada tahun 2011.

Ini adalah kes pertama di mana keputusan tersebut telah dilakukan dari jauh.

Kumpulan hak asasi manusia berpendapat bahawa menjatuhkan hukuman mati pada saat dunia sedang dicengkam wabak penyakit itu Covic –19 adalah “menjijikkan”.



Sebilangan besar perbicaraan di Singapura telah ditangguhkan sehingga  1 Jun, ketika tempoh penutupan di bandar ini akan berakhir.

Kes-kes yang dianggap penting sedang dibicarakan dari jarak jauh.

“Demi keselamatan semua yang terlibat dalam prosiding, perbicaraan kes Pendakwa Raya v Punithan A / L Genasan dilakukan melalui persidangan video,” kata seorang jurucakap Mahkamah Agung Singapura kepada Reuters.

Peguam Genasan, Peter Fernando, mengatakan bahawa pelanggannya sedang mempertimbangkan rayuan.



Singapura mempunyai dasar toleransi sifar untuk dadah haram. Pada tahun 2013, 18 orang dihukum mati – angka tertinggi dalam sekurang-kurangnya dua dekad, menurut Amnesty International.

Daripada jumlah itu, 18, 11 telah didakwa dengan kesalahan berkaitan dadah.

Terjemahan oleh David Pragasam



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button