Najib Ingatkan Rakyat ‘Pencapaian Gemilang’ Gagalkrasi PH, Semua Negatif Kecuali…
PM7 kata dia tidak akan berhenti untuk cuba jatuhkan PM8 untuk kembalikan rejim Gagalkrasi PH.
Sebab itu, Rakyat perlu peringatan tentang ‘pencapaian’ gemilang masa PH sebelum krisis Covid melanda:
– Kerajaan pertama dalam Malaysia yang jatuhkan sendiri. Lepas itu salahkan hampir semua pihak kecuali sendiri.
– Pasaran saham paling corot dlm dunia, jatuh ke paras paling rendah sejak 10 tahun lalu.
– Petronas diturun penarafan oleh Moody’s buat kali pertama dalam sejarah.
– Keselamatan penerbangan Malaysia diturun taraf oleh Amerika Syarikat buat kali pertama dalam sejarah dan kini sama taraf dengan Bangladesh, Curaçao, Costa Rica dan Ghana.
– Gaduh dengan Amerika Syarikat, Arab Saudi, UAE dan India.
– Defisit negara yang diturunkan 8 tahun berturut-turut oleh BN dinaikkan semula.
– Nisbah hutang negara kepada KDNK yang diturunkan oleh BN masa Najib jadi PM dinaikkan dari 48.7% pada akhir suku-1 2018 menjadi 54.4% – hampir cecah had 55% di bawah undang-undang Malaysia. PH pinjam hampir RM140b dalam masa mereka memerintah.
– Kebergantungan negara pada hasil minyak yang diturunkan 8 tahun berturut-turut dari 44% ke 12.7% dinaikkan semula kepada 33%.
– Nilai aset Khazanah yang dinaikkan dari RM32b pada akhir 2008 ke RM116b diturunkan semula oleh PH ke RM73b dalam masa 2 tahun.
– Kadar pertumbuhan eksport negara turun dari +18.9% pada tahun 2017 menjadi 6.7% pada tahun 2018 dan akhirnya menjadi negatif (-1.7%) pada tahun 2019 SEBELUM Covid melanda.
– Ekonomi paling lembab sejak 10 tahun lalu SEBELUM krisis Covid-19 bermula.
– Dividen LTAT paling rendah dalam sejarah.
– Dividen KWSP paling rendah sejak 11 tahun lalu.
– Dividen ASB paling rendah dalam sejarah untuk dua tahun berturut-turut.
– Hibah Tabung Haji paling rendah dan kedua paling rendah dalam sejarah.
– Penurunan nilai aset bersih Khazanah sebanyak RM25 bilion iaitu paling besar dalam sejarah.
– Jualan aset negara secara lambak.
– Nilai Ringgit USD1=RM4.23, turun 40 sen sejak PRU14.
– RM84 bilion dijarah dari rizab tunai Petronas.
– Cukai gula, cukai petak, levi pelepasan, cukai digital diperkenalkan.
– Cukai taksiran, Cukai RPGT dinaikkan.
– Caj Pos, klinik swasta, air, elektrik gas komersial, hatga simen, harga kereta dinaikkan.
– Tol PLUS dilanjut 20 tahun walaupun dijanji mansuh.
– Bantuan kerajaan dikurangkan dan dimansuhkan.
– Jawatan berpencen baru penjawat awam dimansuhkan.
– Hampir setiap hari, geng Anwar dan geng Mahathir rebut kuasa.
– Manifesto bukan kitab suci. Rakyat malas dan perlu ikat perut.
Itulah kehebatan Gagalkrasi PH.
Semua negatif. Yang positif cuma Covid yang PH memperlekehkan dan gagal bendung.