Lelaki Mongolia ditahan seludup komodo, ular sawa

Oleh – Syeikh Baran


Lelaki Mongolia ditahan seludup komodo, ular sawa
Jabatan Kastam Thailand menunjukkan ular sawa yang berjaya dirampas dari lelaki Mongolia. Foto AFP

Seorang lelaki Mongolia ditahan di lapangan terbang utama Thailand kerana cuba menyeludup biawak komodo, ular sawa dan 24 ekor ikan hidup keluar dari negara gajah putih itu.

Jurucakap Jabatan Kastam Thailand, Phantong Loykulnanta berkata, lelaki itu ditahan selepas pegawai menggeledah bagasi yang dalam persediaan untuk berlepas dari Lapangan Terbang Suvarnabhumi Bangkok ke Ulaanbaatar, Mongolia.

Hasil pemeriksaan itu, pegawai menemui dua ekor komodo, enam kura-kura, lapan iguana, enam ular sawa dan 24 ekor ikan hidup.

Pihak berkuasa mendakwa lelaki itu kerana menyeludup haiwan yang dilindungi.

Thailand merupakan hab transit utama bagi penyeludupan hidupan liar untuk pasaran China dan Vietnam.

Oktober lalu, pihak Lapangan Terbang Suvarnabhumi menggantung pekerjanya kerana menyebabkan seorang pelancong lolos dan menyeludup lebih 30 haiwan hidup ke dalam penerbangan menuju ke Taiwan. – AFP

Sumber – SINAR HARIAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker