UMNO Menghargai Jasa Bakti ‘Frontliners’ Negara –Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 21 Mei – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mengumumkan dan memberi penghargaan kepada ‘frontliners’ (barisan hadapan) dari 16 jabatan dan agensi sempena Hari UMNO yang ke-74 tahun pada 11 Mei baru-baru ini.

Katanya, penghargaan itu adalah kerana jasa dan keringat ‘frontliners’ yang berusaha membanteras penularan wabak COVID-19.

“Inilah keprihatinan UMNO terhadap jasa bakti pihak dan juga agensi-agensi yang menyabung nyawa untuk memastikan rakyat Malaysia dapat memerangi COVID-19 dan… kita boleh menang dan inilah antara tujuan UMNO memberikan anugerah kepada barisan hadapan yang memerangi COVID-19 .

“Kita telah memutuskan untuk memberikan Anugerah Hari UMNO kepada ‘fronliners’ negara memerangi wabak COVID-19 dan pada hari ini saya berpeluang memberikan penghargaan kepada tiga agensi dari 16 agensi iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia,” katanya kepada UMNO-Online, di sini.



Tambah Ahmad lagi yang juga Ahli Parlimen Pontian menjelaskan, selepas perayaan Aidilfitri, Ibu Pejabat UMNO akan terus memberi penghargaan kepada agensi-agensi lain.

“Selepas Hari Raya Aidilfitri akan diadakan lagi program penghargaan kepada barisan hadapan seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Rela dan beberapa lagi agensi yang akan diberikan penganugerahan dan telah disenaraikan,” ujarnya lagi. – UMNO Online

 

Oleh: Amin Adnan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button